PAGES

Monday, December 19, 2011

Kek Span Coklat



 
 
Buat kek lagi, kali ni yang seksi seperti kata Izah. Kek span coklat ni dibuat gitu aje, xde aising2 bagai. Kali ni saja buat untuk habiskan santan. Sebab kek ni senang dan sedap, sudah tentu ia menjadi pilihan. Kalau dulu cheq sue buat kek ni tapi versi plain, versi coklat ni pun tak kurang sedapnya. Tiba-tiba teringat tiramisu, mesti sedap kalau kek ni dibuat base... Adehhhhh...




  
Kalau nengok ke kek ni, ada garis kehitaman sedikit di bahagian bawahnya, agaknya tu apa ya? Nak kata bantat idak, memang lembut tahap pipi cheq sue. Jadi kita abaikan ajelah. Yang penting sedap, kena dengan selera. Kalau nak buat deco arijadi, letak aising buttercream pun sedap jugak ni.
 
Cheq sue buat kek ni malam tadi. Memang agak kelam kabut sikit, tambah2 kena buat nasi lemak untuk dibawa ke masjid. Bila kek ni dah masak, tak tahulah camana boleh terjatuh rak oven ke atasnya. Dah jadi cacat sikit. Seb baik sikit aje...kalau sampai terbelah kek tu, sadisnya....




 
Kalau sesape yang suka nak makan ke yang ringan-ringan, x muak bolehla cuba buat kek ni. Tak sampai pun setengah jam, cuma masa nak bakar tu aje la korang kena tunggu. Kalau nak buat dengan anak2 pun buleh, mesti depa suka... Cheq sue pun tumpang suka gak.... Wassalam...
 
KEK SPAN COKLAT
Resepi : Rahel
Sumber : Sue @ Nenie

BAHAN-BAHAN 
200g tepung kek/tepung superfine ~ gandum
200g gula kastor ~Sue buh 100gm jeee saya masukkan 130g 
110g mentega cair/minyak masak
100g air/susu cair ~ santan cair
40g serbuk koko
20g ovalet
6 biji telur gred A
1 st serbuk penaik
1 st emulco coklat ~ xde dalam stok
PENYEDIAANNYA
Griskan acuan bulat 9".Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
Satukan gula kastor,ovalet,tepung kek,serbuk penaik dan telur di dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dangan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan air/susu, emulco coklat dan serbuk koko. Pukul lagi selama 5 minit.
Tuangkan mentega cair/minyak masak dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Kemudian terbalikkan semula dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

8 comments:

  1. pagi cheq sue.
    wahh cekci ye keknya. hehe.. kalau guna ovelet mmg kek insyaAllah menggebuuu gitu. amik resepi la. kalau rerajin leh try. permintaan kek kat rumah ni mmg tak pernah putus. hehe. mmg gebu lah kek ko sue

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue...mmg nmpk menggoda kek span tu..makan cmtu pun dh kira ok kan, xyah nak hias bagai...hiiihi dasar pemalas...

    ReplyDelete
  3. Salam cheq..ohh sedapnya kek span..lama pula rasanya tak baking kek span

    ReplyDelete
  4. salam cheq....
    semlm tadi baru buat kek span tapi x blh makan (org punya..) bila tengok cheq punya rasa2 mlm ni harus dibuat untuk perut ni..hihihi..

    ReplyDelete
  5. Salam CheqSu, semoga sihat selalu ya..kalau buat tiramisu, poslaju ke akak sikit ya :)

    ReplyDelete
  6. lembut dan gebus! mmg sedap betul kalau wat base tiramisu nih.. kesiannyer kek tu, camner la blh jatuh rak oben ye.. xpela, bila kerat2 dh x nmpk dah cacar dia tu kan. yg penting sedap..

    ReplyDelete
  7. Salam Cheq Sue..waahh..rajin betul Cheq Sue bt kek..nmpk gebus sgt kek nii..msk list dulu lah..tringin jgk nk mencubanyaa :)

    ReplyDelete
  8. Salam Sue..rajin jugak kamu buat kek ek..jeles la..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]