PAGES

Thursday, December 15, 2011

Kek Span




 
 
 Selamat petang semua... Harini agak sibuk sedikit + mood blogging berkurang. Tengah hari tadi ke rumah pakcik di Pasir Puteh, ada kenduri arwah. Harini hujan sepanjang masa, xde mentari langsung. Kesian korang dok menatap donat keledek cheq sue tu dari tadi ye.... Meh cheq sue jamu dengan kek span ni pulak.





Resepi kek ni cheq sue dapat dari blog Sue@ Nenie, kembar cheq sue tu, manakala penyumpang sebenar adalah nun jauh di seberang laut tokey kek kita Rahel. Memang sedap sangat kek ni, lembut dan gebu.  Kalau korang masih ingat kek ni la yang cheq sue buat untuk hari jadi Ayuni dan Aina. Budak2 yang makan pun kata sedap. Tq pada rahel yang berkongsi resepi tapi cheq sue x buat versi coklat hanya versi biasa saja. InsyaAllah lain kali kalau ada permintaan cheq sue akan buat juga. 
 
Kek span ni memang kena dengan aising fc tu, kalaupun xde aising masih sedap jika dijadikan juadah minum petang atau sarapan. Kalau ada kelapangan bolehlah cuba ya. Trimas untuk Sue & Rahel. Memang curlasttt abes... Wassalam...

KEK SPAN
Resepi : Rahel
Sumber : Sue / Nenie
Olahan : Cheq Sue
 
BAHAN-BAHAN
200g tepung kek / tepung superfine ~ cheq sue guna tepung gandum
200g gula kastor ~Sue buh 100gm jeee ~ cheq sue pun
110g mentega cair/minyak masak ~ minyak masak
100g air/susu cair ~ santan
40g serbuk koko
20g ovalet
6 biji telur gred A
1 st serbuk penaik
1 st emulco coklat
    PENYEDIAANNYA
    Griskan acuan bulat 9".Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
    Satukan gula kastor,ovalet,tepung kek,serbuk penaik dan telur di dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dangan kelajuan tinggi.
    Perlahankan kelajuan dan masukkan air/susu, emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.
    Tuangkan mentega cair/minyak masak dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
    Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
    Setelah masak,keluarkan dari ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Kemudian terbalikkan semula dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

      9 comments:

      1. penah buat sekali cuba2 tapi tak jadi tak berlubang la

        ReplyDelete
      2. salam cheq sue...nmpk pun mmg dah tau lembut, blm mkn lg...bak mai sikit nk rasa lembut ke idak....hihihihi

        ReplyDelete
      3. kek span! tun pun buat semalam, tp guna instant mix.. hoho.. ;p

        ReplyDelete
      4. Assalamualaikum cheq sue..
        wah ada kek kat cnie ler.. sedapnya... akka nak ckit ada lg x nie? cantik kek tu

        ReplyDelete
      5. Kak Cheq! isk tibe2 teringin plak kek span nih! :D

        ReplyDelete
      6. Selamat malam Cheq Sue...
        wah wah wah..diam2 buat kek span ek
        emm rindu jugak nak wat kek span lagi..thanks dah makan kek span tu..hihi...

        ReplyDelete
      7. rajin c.sue buat kek....cantikk lak tu..bertuah adik2 tu

        ReplyDelete
      8. Liza > nampak lembut, makan pun lembut, idak leh nak rasa dah la semua dah habis

        Ijah > yes... memang best

        Tun > cheq sue kdg2 teringin jugak nak guna tapi macam mahal aje bila nak beli instant punya tu..

        Kak Diana > salam kak... nampaknya akak dah terlambat sikit datang ke sini, semua dah habis :)

        As > aduhhhhh jauhnya nak hantar sampai ke Jepun, nampaknya As kena la buat sendiri ni ya

        Rahel > alamak...tuan kek dah datang.... camana rahel? pas tak ni? he he he...

        Kak Ida > kalau ada bebudak memang seronok kak ida, masak ape aje gerenti licin... kek ni pun kejap aje tau2 dah x cukup

        ReplyDelete

      [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]