PAGES

Wednesday, December 14, 2011

Nasi Kalio Ayam

 
 
Angin sepoi-sepoi menyapa di petang hari. Mentari sudah hilang, diganti dengan awan hitam menandakan hujan akan datang. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat dingin yang Tuhan berikan. Walaupun dijangka banjir pusingan kedua, nampaknya hujan hanya sekejap-sekejap. Harapnya x la sampai berlaku banjir.

Korang dah lunch? Laaaaa dah dekat pukul 4 mesti semua dah kenyang. Cheq sue pun alhamdulillah dah selamat makan tengah hari dengan menu istimewa. Tadi terpandang di rumah Kak Azlita, meronta2 hati nak cuba. Walaupun di kampung banyak bahan yang tak ada, heronya juga tiada tapi cheq sue buat juga menggunakan ayam untuk menghilangkan keinginan di dada. Cheq sue ni pantang kalau nasi2 camni, memang suka sangat.Tu kat dalam draft berderet resepi nasi yang hendak dicuba.



 
Pada pendapat cheq sue, keistimewaan nasi ni terletak pada lauknya. Samada guna burung puyuh atau ayam, lauk yang terhasil memang sedap. Masa tengah goreng tu memang wangi habis. Goreng pun tak lama sebab ayam dah separuh masak. Cuma nasi ni agak kuning sebab cheq sue guna rempah ayam bakar yang kebetulan sama dengan bahan2 tumis, cuma ditambah kunyit dan lada hitam. Rempah pulak tak tahu lah rempah apa yang ada kat rumah, tapi rasanya bukan rempah kurma. Tapi xpelah, asalkan jadi dan sedap, enough! Kalau dapat makan dengan acar atau dalca, lengkaplah hidangan ni...
 


 
Beras tu biasalah, cheq sue guna beras siam aje dan dimasak atas dapur gas. Kuantiti bahan-bahannya pula cheq sue kurangkan sebab beras hanya 1 pot. Kalau ramai yang nak makan tu bolehla ikut macam resepi ni ya. Ayamnya pulak dalam 1/3 ekor aje, cheq sue potong saiz kecil. Tapi kalau ada burung puyuh lagi meleleh rasanya. Adehhhh.... Korang kalau ada masa tu jangan lupa cuba tau...rugi kalau tak rasa. Wassalam...
 
NASI KALIO AYAM
By : Chef Zaidah
Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Sumber : Kak Azlita @ Masam Manis

500 gm burung puyuh ~ ganti dengan 1/3 bahagian ayam (potong sederhana kecil)
4 cawan beras basmathi ~ cuci dan toskan
5 ulas bawang merah ~ dikisar
garam secukup rasa
2 sudu besar rempah kurma
4 sudu besar minyak sapi ~ cheq sue guna majerin
2 sudu besar puri tomato ~ yang ni pun xde, cheq sue masukkan isi tomato kisar
1 liter air
250 ml susu segar


Bahan Tumis
1 cm halia ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis

Bersihkan burung puyuh
Perapkan demgan bawang merah kisar, garam dan 1 sudu rempah kurma
Panaskan minyak sapi di dalam kuali
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi
Masukkan baki rempah kurma dan puri tomato gaul rata
Kemudian masukkan burung puyuh dan tumis sehingga burung puyuh separuh masak.
Keluarkan puyuh
Kemudian masukkan air dan susu
Masak hingga mendidih
Masukkan beras dan perasakan dengan garam
Tanak nasi sehingga nasi masak

Puyuh tadi kita goreng dengan minyak
Hidangkan dengan nasi.

5 comments:

  1. cheq sue..mieza pun copy gak resepi ni dari umah kak ita tadi..tp belum balik kerja tk dpt lah nk mencuba..alih2 cheq sue dah buat dulu..pantas tul cheq sue ni..nampak sedapnya cheq sue..tk sabar nk gi beli burung puyuh huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam kak sue.. x banjir ye.. kat sini pun xbanjir, tp hujan selebat2nya.. mmg best mandi hujan. hehe...
    sedapnyer nmpk nasi nih.. mkn ngan kuah ape kak?

    ReplyDelete
  3. wahhh cheq sue...bau wangi nasi ni sampai kesini...ada lagi dok? hihihhi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dapat balik kampung main banjir.Lagi laju la makan kalau musim banjir.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]