PAGES

Wednesday, December 21, 2011

Pau 2 in 1 ~ Goreng & Kukus


 
 
Pau 2 versi ni cheq sue buat 2 hari lepas, dengan niat nak habiskan inti kacang merah. Tinggal lagi 1 tapewer kecik, dah plan pulak nak buat kuih bom. Pastu habislah episod inti kacang tu... Memula pening jugak bila mek suruh buat roti (pau) goreng sebab buku resepi lama tinggal di CH, pastu cari kat tenet pun x berkenan di hati. Bila nampak resepi kak fida ni yang hasilkan 2 jenis pau, terus aje nak cuba. Tapi penat la sebab uli manual 1 kg tepung. Kira2nya memang berpeluh la jugak.

Kalau resepi Kak Fida, memang boleh dipercayai. Kebanyakan resepinya memang menjadi. Kalau ada 1 2 yang dicuba tu yang tak jadi, mungkin la silap sendiri. Resepi ni pun begitu jugak, tak sangka tepung yang x diperap, x dipenaik menghasilkan pau yang gebu dan lembut walaupun dah sejuk. Tapi cheq sue memang fail bab2 nak membulatkan pau ni, sama ada versi goreng @ kukus, memang berkerepot jadinya.



 
Kat dalam gambar tu pau yang telah masak dikukus dan pau goreng yang digoreng separuh masak. Kebetulan esoknya nak ke KB, kalau goreng siap2 takut tak sedap nak makan sejuk, elok aje balik dari KB tgk2 dah licin semua. Pau yang cantik sebiji kat atas tu inti kacang manakala yang ada cotet-cotet macam kata Kak Ros tu di isi dengan jem rambutan.  Kalau kata sape yang nak cuba, dapat dalam kuantiti banyak boleh la buat yang ni.
 
Cheq sue tinggalkan korang dengan pau ni je ye...nak kena pi sekolah ni, nak dengar jugak ape ke citernya SBPA tu... Nanti balik jumpa lagi... Wassalam

PAU 2 IN 1 ~ GORENG & KUKUS
Resepi : Kak Fida @ MyR
 
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
120 g gula halus
1 sk rata garam halus
140 ml minyak sayur/makan
5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
450 ml air paip *

Cara-cara :
Satukan bahan *

Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tak melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Cheq..sedap pau ni.,.kedua-dua versi pun Menjadi kesukaan, nanti ada masa nak cuba jugalah resipi versi ni...

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue...mmg kalau tgk resepi dia cm confius je kan, tp kalau dh cheq sue ckp lembut nnt liza pun nk try yg ni jugak la...

    ReplyDelete
  3. sue..kalau nak elok cantik betuk pau tu masa bentukkan..sapu skit tangan awak tu dgn minyak....jadiknya pau elok licin..cubalah...:)

    ReplyDelete
  4. hehe.. tun pun fail bab wat pau yg comel bulat2. mesti ada yg jadi bentuk alien ;p

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]