Roti ni cheq sue buat malam tadi, makan sikit untuk dinner dan selebihnya untuk minum pagi ni. Tak tahu la entah datang angin apa, tetiba aje rasa nak makan roti yang ada kismis. Kalau dah teringin, wajib la buat. Bila search kat Google berkenan pulak dengan resepi Che Mat ni. Mudah, dan simple aje. Tambah2 dah guna BM ni main campak-campak, tunggu 1 jam 30 minit dah ready nak bakar.
Selalunya kalau buat roti, cheq sue lebih suka menggunakan acuan loaf ni. Kalau ikutkan Che Mat, dia masukkan dalam big muffin cup. Kalau dibuat sebiji2 pun okeh. Tapi yelah kan, yang mana kita selesa jalan ajelah. Big muffin cup tu sah2 dah la x ada kat rumah ni... He he he...
Kalau nengok ke roti ni, memang la xde rupa jelita, tapi cukup rasa kena dengan nama gebunya. Roti tu sebenarnya diletak satu satu, tapi bila dah kembang aikkk jadi kembang mambang pulak sampai x berupa dah. Tapi no hal punya. Kat atas tu pulak agak terhangit sikit, agaknya dekat sangat dengan api atas. Eh eh eh...macam2 hal la sekali sekala buat roti ni.
Bila dah guna BM untuk adun roti ni, lupa pulak nak masukkan kismis lewat sikit. Tu yang agak hancur jadinya. Kalau ada sebijik2 kan lagi terserlah. Apapun, takat nak makan sendiri dah boleh bagi A dah ni. Kawan2 kalau nak cuba sila lah tengok resepi tu ya...memang sedap roti ni, tambah2 kalau pekena dengan kopi O cap badak, ibarat kata Mokwo (kemain ye cicah dengan roti benggali...). Tapi cheq sue ni cicah dengan milo aje. Rasa2 ada lagi serbuk kopinya tapi entah letak di mana.
Okaylah...nak kena bertugas pulak petang ni. Jumpa lagi eh... Wassalam...
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) cheq sue guna majerin
50 g kismis
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...
aritu tun wat roti coklat chip, tun pun terlupa nk masukkan coklat chip tu lewat sket. mmg xnmpk dh biji2 dia.. sedap nmpk roti kismis nih. mmg gebu betul!.
aritu tun wat roti coklat chip, tun pun terlupa nk masukkan coklat chip tu lewat sket. mmg xnmpk dh biji2 dia..
ReplyDeletesedap nmpk roti kismis nih. mmg gebu betul!.
Selamat pagi Cheq...waa rajin betul buat roti..gebus je roti kismis tu..
ReplyDeletesalam cheq sue....dtg nak mintak roti kismis sikit,nk wat cicah ngan air kopi....hihihihi
ReplyDeleteWaaaaa...sume org pun dok buat roti....gebu lagi....:)
ReplyDeleteassalam cheq su, best ni kalau dapat cicah kari..saya suka bakar roti kasi lama sikit sebab suka yg garingx2 gitu:)
ReplyDelete