Kebanyakan sekolah akan memulakan sesi persekolahan 2012 esok, kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah yang sudah pun memulakannya pada hari ini. Dan tugas pertama cheq sue yang akan dibuat adalah sebagai guru penyelaras perhimpunan, yang akan memastikan perhimpunan pertama dapat dijalankan dengan sempurna. Harap2 segalanya berjalan lancar.
Bagaimana? Dah sedia ke belum? Soalan ini untuk kawan2 yang akan mula bertugas esok setelah hampir sebulan atau sebulan bercuti. Khasnya untuk diri sendiri, kalau dikira peratusannya masih belum 100%. Sebab? Tubuh badan, kakitangan dan minda memang penat sangat2. Perjalanan bemula pada 29 Disember '11, dari Kelantan ke CH. 30 Disember '11 pula bersesat2 ke Ipoh, sampai ke Kuala Kangsar. 31 Disember '11, bermesyuarat sepanjang hari & turun ke Gua Musang lagi. 1 Januari '12, sambung mesyuarat pengurusan - tambah selirat dalam kepala. 2 Januari '12, balik ke Kelantan kerana ada kecemasan (takziah pada Mok Ja atas kematian abangnya). Semalaman di kampung, balik semula ke CH sampai petang tadi. Rasa2 drebar bas ekspress pun tak gini. Kalau kira kilometer perjalanannya dah habis pusing satu Malaysia!
Sesungguhnya memang takleh nak cakap, takleh nak cerita bagaimana rasanya. Cuma harap2 dapat menempuh esok seadanya. Buat kawan2 guruku sekalian, selamat kembali ke sekolah ya! Wassalam...
cheq sue selamat bertugas esok..mesti semangat berkobar2 tu..selamat mendidik di tahun baru ye Cheq sue..
ReplyDeleteCheq sue..mieza nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepda CS atas kiriman cenderahati tu..mieza suka sgt dgn fridge magnet dan key chain tu..dan ice mould tu kiut sgt...terima kasih byk2 cheq sue...tak sabar miez nak wat ais guna ice mould tu :)
@Mieza
ReplyDeletewelcome cik mieza...seronok ye bervacation, jeles i tau.
SELAMAT BERTUGAS =D
ReplyDelete@nini
ReplyDeletetq nini...harap2 semua ok!
selamat bertugas kembali CS..
ReplyDeleteselamat tahun baru.. (terlambat sikit..)