PAGES

Friday, January 6, 2012

Ikan Masak Cincuan @ Pindang Serani

 
 
Ikan ni cheq sue masak untuk dinner semalam. Bila dah stat persekolahan, jadual masak dan makan memang akan berubah, jadi kat dalam blog pun n3 keluar ikut dan aje, mana yang ada, yang sempat terus je publish. Jadi, tak kisah la ya kena time atau tidak, yang penting publish!
 
Dah lama jugak skodeng resepi ni, tunggu masa aje. Kebetulan malas nak masak banyak2, tu yang cuba masak cincuan ni. Rasa2nya macam ikan singgang versi Terengganu, sebab ada kunyit dan bawang. Rasanya memang sedap, ada masam2 gitu. Cuma cheq sue tak goreng dulu ikan tu, maklumlah buat pun seekor aje. Ikan pulak cheq sue tukar pada ikan selayang. Bahan-bahan tu pulak cheq sue kurangkan ikut kesesuaian. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau ada ulam-ulam ke sambal belacan ke adehhh mau makan bertambah.




Kat sini cheq sue tempekkan jugak resepinya, kalau2 ada yang nak cuba. Tq pada Kak Jee jugak sebab sudi berkongsi resepi ni. Mudah, ringkas dan puas hati. Jangan lupa cuba ya... Wassalam...
 
IKAN MASAK CINCUAN @ PINDANG SERANI
Resepi : Kak Jee
 
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru (boleh ganti juga dengan ikan lain)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
½ sudu kecil serbuk kunyit
Cili api (ikut suka)
1 inci lengkuas/serai

Cara-cara :
Ikan dibersihkan dan digoreng separuh masak. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan cili api dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air mengikut banyak mana kuah diperlukan. Kjee bubuh kira2 dua cawan. Masukkan juga asam gelugor serta lengkuas yang telah dihiris dan biarkan mendidih. Kemudian bubuh garam dan pak aji (jika guna). Apabila mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Reneh dan balik2kan ikan. Siap. Sedap dimakan dengan ulam2 dan sambal belacan. Rasa lauk ni masam2 sikit. Kalau suka bolehlah bubuh sedikit gula tapi tadi Kjee tak bubuh.

9 comments:

  1. Kakak pun suka masakan cara ini. Anak kakak kalau makan bubur dia tuang kuah banyak-banyak makan gitu je....

    ReplyDelete
  2. sedapnyer ikan singgang! tun suka mkn nasi dgn kuah ikan singgang byk2 pastu ikan goreng garing2, mkn pulak ngan cili padi. mmg bertambah nasik.

    ReplyDelete
  3. waduh.. dlm gambar je dah menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. lama x masak pindang. org dlm rumah kurang sikit kalau ikan berkuah, mama dia je yg suka. hehe..

    ReplyDelete
  5. salam cheq sue...kalau tgk bhn2 dia cm singge ike kelate kan, tp yg ni kena tumis dulu yer...

    ReplyDelete
  6. alamak kecur liur tgk msak pindang nie.sedapnya..xpyh masak lauk lain. 1 jenis nie je dh cukup.nasi panas2 mmg terbaek lah

    ReplyDelete
  7. best lauk ni..dapat pulak makan dgn ikan masin..:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]