PAGES

Sunday, January 1, 2012

Langkah 2012

 



 
Langkah 2012, ke mana mahu di atur? Apa mahu dicapai? Pertambahan satu angka ini pastinya menjanjikan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Setelah tertutupnya tirai 2011, tentu ramai yang telah menetapkan azam itu dan ini. Cheq sue? Entah apa yang diazamkan pun tak tahu. 
 
Rasa2nya tahun ini, hanya hadapi dan lalui apa jua yang akan terjadi. Meskipun sebagai seorang hamba Allah, sudah pasti ingin membina lebih kecintaan kepadaNya. Sebagai seorang guru pula, pasti mahu lebih kejayaan dari anak-anak didik, membina hubungan dua hala yang lebih baik dan berkualiti. Sebagai seorang anak, pasti ingin lebih berbakti kepada keluarga dan orang tua. Sebagai seorang insan pula, pasti ingin membaiki sikap diri, pastinya mahu lebih disenangi. Dan tentunya sebagai seorang blogger, takkan jemu berbicara di sini. 
 
'Ya Allah Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkan segala urusanku....'
 
Selamat Tahun Baru 2012...

6 comments:

  1. Amin...Salam Tahun Baru 2012 buat Cheq sue.semoga thn baru ni akan lbh baik dari tahun yg sebelumnya:)

    ReplyDelete
  2. amboi siap tayang kasut baru..hehehhe..selamat tahun baru sue..:)

    ReplyDelete
  3. slmt thn baru..wah, melangkah ke tahun baru dengan sandal baru..cayalah!

    ReplyDelete
  4. fuhyoo..kasut baru ke Cheq Sue?

    selamat tahun baru~ ^_^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]