PAGES

Thursday, January 26, 2012

Terung Bakar & Air Asam

 
 
Quick n3 sebelum ke tempat kenduri. Hari ni kat kampung ada dua tempat kenduri. Semalam dah pi sampai 12.30, harini bagi dua dengan mek, dia dah pegi ke belah kanan, cheq sue akan pegi ke sebelah kiri. Adehhhh... fenat jugak ye. Tapi mengikut perintah ajelah kejenye kita ni.
 
Terung bakar & air asam ni cheq sue buat untuk lunch semalam. Memang suka sangat dengan sayur terung. Kalau dibakar, cecah budu atau air asam memang x pandang dah yang lain. Rasa pedas, masam, manis dan masinnya cukup. Cheq sue hanya buat sebiji aje, kalau camni x berapa laku kat kampung. Tuuuu dia, siap dengan lesung lagi posingnya. Resepi ni memang ringkas dan cepat, tapi cukup menyelerakan, tambah2 pekena time lapar... memang bertambah la kata orang. Tq Noorsha berkongsi resepi ni. InsyaAllah lain kali boleh cuba lagi. Wassalam...




TERUNG BAKAR & AIR ASAM
Resepi : Noorsha@myr
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan
3 batang terung - belah 2
sedikit garam
sedikit minyak masak @ minyak jagung

Bahan-bahan (untuk air asam)
10 biji cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar -didadu
Asam jawa - sebesar duit 50 sen
garam.
gula secukup rasa

Cara-cara
terung setelah dibelah 2, lumur dengan sedikit garam & sedikit minyak masak @ minyak jagung.
grill atas stove atau bakar didalam oven hingga empuk. ketepikan.
untuk air asam jawa, tumbuk cili api dgn belacan bakar hingga halus.
kemudian masukkan garam & gula secukup rasa. gesek dengan anak lesung.
cairkan asam jawa dengan air masak, curah ke dalam lesung tadi. gaul seketika dan rasa serta tambah apa yg kurang. 

9 comments:

  1. Kalau berbuka hari ini macam nak buat je resepi ini....

    ReplyDelete
  2. as-salam Cheq Sue
    tengok je dah berselera..terliur je tngk Terung Bakar & Air Asam tu..mesti sedap ni kan..

    ReplyDelete
  3. terung bakar ni mmh kategori sayur emergency ..kalau malas nak masak je..bakar je la..laagi sedap.

    ReplyDelete
  4. kalau makan ngan kicap+cili padi+limau, sedappppppp. terangkat

    ReplyDelete
  5. salam cheq sue...bestnya lauk, ni betul2 bukak selera ni...fuhhh

    ReplyDelete
  6. Fuhhh sedap tuh cicah ngan air asam,nak palk mngan nasi panas,adeiii xpasan dah org lalu kat belakang,anak nangis pon wat dek dulu nih.hehe..

    ReplyDelete
  7. thanx cheq sue sudi cuba resepi simple n mudah ni.. :) nmpak sedap tu:)

    ReplyDelete
  8. salam..

    memang saya sangat suka terung bakar & air asam ni..sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. Tergoda dgn entry ni.. nak cari terung kejap lg.. :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]