PAGES

Saturday, February 4, 2012

Cream Cheese Bread


 
 
CCB ni cheq sue buat menggunakan lebihan cream cheese untuk kek. Dulu ada tgk nani post n3 ni, dan cheq sue ambil yang dia aje...sebab dia buat tu guna sukatan cawan.  Alkisahnya penimbang digital tertinggal di kampung, minggu ni walaupun cuti 3 hari tapi tak balik. Terpaksalah cari resepi yang guna sukatan cawan2 aje. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kesilapan semasa menyukat bahan-bahan. Entahlah mata dah rabun agaknya, air yang sepatutnya dimasukkan hanya 3/4 cawan, tapi telah dimasukkan sebanyak 2 cawan. Dah terfikir memula tu ngape banyak sangat airnya, xde la rasa silap nengok resepi. Rupa-rupanya memang betul dah silap haribulan.  Adehhhhh... bila pi bukan BM, tengok2 kenapa ada banyak air, adunannya memang cair habes, maka terpaksalah tambah dalam 1 1/2 cawan tepung dan sedikit lagi gula. Oleh yang demikian, roti ni x berasa la sangat ke'cheese'sannya.

Alhamdulillah juga, walaupun ada kesilapan tu, roti ni tetap ringan dan lembut walaupun agak padat di dalamnya. Sekali makan ada jugak terasa macam pau. Cheq sue agak kalau dilawan dengan kopi O tentu sedap. Cheq sue makan gitu aje, memang layannnnn.... So kalau sape yang nak cuba tu, baca resepi leklok ye...jangan jadi cam cheq sue nih... Wassalam...





CREAM CHEESE BREAD
Olahan & sumber : Nuwairani

Bahan-bahan  :
160g air -nani letak 3/4 cawan air suam
250g tepung roti -nani guna 2 cawan
50g cream cheese -nani guna brand TATURA
10g susu tepung -nani guna 1sb
15g gula -nani guna 2sb
3g (1sk garam) -nani letak 1/4sk
20g butter -nani guna 1sb
2.5g (3/4 sk yis) -nani letak 1sk

Cara-cara :
Masukkan semua bahan ikut susunan ke dalam bread maker. ON bread maker, tunggu hingga siap. Boleh potong ikut citarasa.
cheq sue lebur aje dalam BM.
Cara Nani : Masukkan tepung, susu, gula, garam dan yis ke dalam bekas. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cheese dan butter. Tuangkan air sedikit demi sedikit air sambil2 diuli sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli selama lebih kurang 10-15 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mendapatkan roti yang lembut.
Bulat satu doh bulatan besar dan biar kembang 2 kali ganda atau selama 40 minit. 
Setelah doh kembang, tumbuk2 angin keluar dan buat 9 bulatan kecil. Nani masukkan bebola doh kecil ini ke dalam bekas acuan egg tart. Rehatkan selama 15 minit.
Panaskan oven dan bakar roti dengan suhu 180 darjah selama 12-15 minit.
Setelah masak, tutup api. Biarkan roti di dalam oven selama 5 minit untuk dapatkan warna kuning keperangan pada permukaan roti.


Catatan :
Nani kata bibiknya balik bercuti ke Sumatera. Jangan dok harap sangat bibik Endon ni, cari dalam M'sia pulak. Mesti kerja je manjang xde cuti-cuti. He he he... Tak faham??? Jom tengok sini.

1 comment:

  1. hahah! lucu la cheqsue ni...boleh pulak masuk 2 cawan air...seb baik bibik dia pandai buat keje...kite yg xde bibik ni, tercabut tangan la jawabnya nak menguli roti banyak2...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]