PAGES

Thursday, February 16, 2012

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


 
 
Sekarang ni musin CC kukis
Sana sini tengah demam CC kukis, tak kira famous amous @ homemade
Biasalah kukis yang 'high class' ni memang tak hengat bila dapat makan
Cheq sue pun dah cuba, tapi versi famous amous
Terberkenan dengan resepi oleh Syari dari MyR yang menggunakan sukatan cawan
Malas nak godek sukatan timbang2 ni sebab penimbang xde
Tapi dalam masa terdekat ni nak cuba CCC home made COSK Kak Naz tu
Mana aci tgk orang buat aje
Tekak kita ni nak jugak merasa
 



Untuk FACCC ni cheq sue dapat dalam 119 keping (memang i bilang tau...)
*Tapi maaf ye...dah selamat dah semua ni
Saiz dia lak dalam 5-6cm diameter
Tapi adunan tu x keras tak lembut
Kalau tak dipenyekkan dengan garfu memang dia tak membentuk
Tapi apapun, bentuknya camana pun yang penting kukis ni teramat la sedap
Sekeping...dua keping...tiga keping...last2 baru sedar dah berkeping-keping
Cheq sue bagi member separuh, memang seksa kalau ada depan mata
Mengunyah ajeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee kerjanya

Kat dalam tu pulak cheq sue campur gajus, cc dan sunflower seed
Perghhhh... macam cari harta karun lak kat dalam tu
Kejap rasa ni, kejap rasa tu
Memang famous amous sungguh la
 Pada sape yang rasa xde keje tu, tapi berkira2 bila nak beli famous amous yang x berapa murah tu
Better godek resepi ni
Senang dan cepat + sedap
Cubalah, gerenti tak rugi!
Wassalam...








 FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES
Resepi : Syari @ MyR / Allresipi.com

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )
1 cawan gula 2/3 cawan
1 cawan padat gula perang * 1/3 cawan
1 cawan mentega (~150gm) + sedikit marjerin, sbb butter x cukup :)
1 cawan minyak minyak jagung
1 telor
1 sb susu segar
4 cawan tepong gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar tak masukkan
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincangganti dengan gajus panggang & + 1/2 cawan sunflower seed
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract esen vanila

Cara-cara
Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven) 

Nota :
*Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk. 
* Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
*Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain 

1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 
2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

 

10 comments:

  1. mcm berjanji je kita, buat biskut minggu ni cheq sue ;p

    ReplyDelete
  2. Salam Cheq Sue..

    Rajinnya mengukis..
    Ita selalu buat tuk anak2 jugak ni..
    tapi tak pernah lagi rasanya cuba resepi syri
    nanti boleh cuba resepi ni pulak

    ReplyDelete
  3. Salam kak! waaaaaaa..selamat hari raya!!! hihihi... kita pun buat kukis tp belom post lagi sbb roti kukus tu dah potong Q :D kita pelik lerrr ank2 kita tak berapa minat sgt kukis choc chip yg byk chip, sbb dia org kata manis, itu hari buat cuma letak sikit pun dia org mkn sikit huh!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cheq sue...
    wah ada cookies ler kat dapur cheq sue nie... sedapnya tu ... alaa dah abis ker? baru akak nak mintak ckit tau...

    ReplyDelete
  5. mesti dah takde benda sgt nak buat kan sampai sempat membilang.. (",)

    ReplyDelete
  6. Haaa...homemade famous amos....sedap lagi puas ati buat sendiri kan...beli mahal ooooo...

    ReplyDelete
  7. dah lama k.gee tak mengukis.... waaa... famos amos ni sgt mengguda...

    ReplyDelete
  8. rasanya mcm dah 3 kali kot nani buat guna resepi ni...memang best tak terkata lah!

    ReplyDelete
  9. Rajinnya mengukis! Patutlah terbau aromanya sampai Lahad Datu! Sedapkan kukis tu Ila...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]