PAGES

Saturday, February 11, 2012

Oreo Cupcakes


 
 
Eh eh...harini Sabtu..tapi kerja. Yeayyyy...yeayyy... Perghh, mood ke laut sungguh bila kena kerja hari cuti ni. Nasib baik diisi dengan pelbagai aktiviti, kalau kena masuk kelas, dengan jadual pack hari Khamis lotih den. Oooooo time cuti tu nak panjang-panjang, time nak ganti nak bangun pagi pun malas. Adehhhhh..


Jangan sesak-sesakkan dada, moh layan kek cawan oreo yang cheq sue buat minggu lepas. Bila tengok Kak Anim buat, baliknya tu terus cheq sue godek satu adunan, kebetulan oreo pun ada. Memang senang sangat nak membuatnya. Tak sampai pun 15 minit, dah ready untuk bakar. Dah la senang, sedap lak tu kan Kak Anim. Dulu dah pernah tengok di DTS, memang terpesona. Tapi time tu belum suka lagi dengan biskut oreo tu... Tu yang terlambat sikit mencuba.





 
Untuk cc ni cheq sue buat gitu aje, xde topping. Lagipun just nak makan2 aje, xmo le lelawa + malas pulak. Namun cheq sue copy jugaklah resepi untuk buttercreamnya kot2 ada yang nak cuba. Tapi bukan nak kata, makan gitu pun sedap. Cuma yang cheq sue buat ni agak termanis sikit. Walaupun dah ikut resepi, tapi mungkin sebab cheq sue guna oreo icecream yang kaler purple tu, agaknya tu la penyebabnya kot. Mungkin buat lain kali kena kurangkan gula tu. Kalau korang nak rasa apa kelainnnya boleh la cuba resepi ni pulak ya. Gerenti puashati. Wassalam...





 
OREO CUPCAKES 
Resepi : Che Mat @ DTS
Sumber : Kak Anymz


Bahan2
125gm mentega
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung naik sendiri*
1/2ct baking powder* (* digaul rata dan di ayak)
2 biji telur gred A
1/2 ct esen vanila
5 keping biskut oreo-kisar halus bersama krimnya sekali
stroberi atau manik halus sebagai hiasan.
(akak takde stroberi-guna manik je)

Cara
Panaskan oven pada suhu 175C,sediakan cup utk cupcake,ketepikan.
Dalam mangkuk pemutar,satukan mentega,gula perang,telur,tepung dan esen vanila.
Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan.Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
masukkan oreo yang telah di kisar tadi,putar sebati. *Jangan terlebih kisar.
Isi setengah jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 penuh dalam setiap cup.Buat hingga siap.
Bakar selama 10-15 min bergantung pada oven masing2.
Sejukkan atas jaringan sebelum di isi buttercream

Bahan2 Buttercream
125gm mentega
70gm krimwell
80gm gula icing-di ayak
1/2ct esen vanila
2cb susu pekat manis

Cara
Putar semua bahan buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati
Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat.
Isi dalam piping bag yang di isi nozel bentuk bintang.tabur gula manik dan hias atasnya dengan buah stroberi.

2 comments:

  1. salam cheq Su..masuk nk buat..cari2 resepi jumpa kt sini...nampak sungguh sedap..mesti cuba nnti..

    ReplyDelete
  2. Wahh! Macam sedap je. Cuba la buat bisnes :3

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]