PAGES

Saturday, March 3, 2012

Air Soya Pandan

 
 
Salam Sabtu semua
Hari ni cuaca tenang, sepi dan nian sangat
Sesekali kedengaran ada kelas yang agak bising
Biasalah jika terpaksa bersekolah pada hari cuti
Urusan peperiksaan sedikit kelam kabut pagi tadi
Mmmmm perkara yang sama juga seperti tahun lepas, moga tak berulang untuk peperiksaan akan datang
 
Kalau sape yang ada baca kat paper
Dah 2 hari rasanya xde air di penempatan cheq sue kat CH ni
Puncanya?
Apa lagi kalau penggunaan racun + baja pertanian yang dialirkan ke sungai
Tak ada kesedaran langsung siapa yang buat perkara2 ni...
Kesannya bukan pada seorang... hampir berpuluh ribu jugak penduduk disekitarnya
 
Jenuh jugak nak mengangkat air guna baldi
Kalau dulu kiri kanan bawak xde hal punya
Sekarang ni aishhhhh demand betul
Harap2 jangan la lama lagi terpaksa tunggu air tu pulih
Terseksa sangat kat dapur...
(^_o_^)

Okaylah, xmo citer lagi

Air soya pandan ni cheq sue buat dua hari lepas dah
Dalam xde air tu, alhamdulillah ada stok air bukit untuk masak
Selalunya pun kalau buat air soya cheq sue suka masukkan daun pandan
Tapi kali ni daun pandan tu diblend sekali dengan air soya
Memang rasa lain sangat
Cuma cheq sue tak la buat ikut semua resepi Ros ni
Kebetulan kacang soya pun tak berapa banyak, jadi di agak2 ajelah kuantitinya
Daun pandan tu pun cheq sue blend aje sekali dengan kacang soya
Tapi kacang tu tak berapa nak halus la kisarannya
Takpe...sebab kacang pun tak banyak, kira step ni dihalalkanlah
 
Dan untuk penggemar air soya, memang sedap sangat tau
Kalau ada kelapangan tu bolah la cuba ya!
TQ Ros bagi idea untuk minuman ni..
Wassalam...



 
AIR SOYA PANDAN
Sumber : Ros Jintan Manis


Bahan-bahannya
350gram kacang soya
1.5 litre air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda. cheq sue rendam dalam 4 jam je sebab kacang tak banyak
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.  
Note : kalau diblend sekali daun pandan masa blend kacang tu boleh jugak, tapi kacang tu takkan hancur halus. So better blend berasingan
4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

7 comments:

  1. assalam cheq sue..terima kasih..acik ambil resipi ye..boleh cuba ni..anak2 acik penggemar air soya..kalau dalam bulan ramadhan tu.sehari pun tak mis..

    ReplyDelete
  2. teruskan membuat tahu fah...beli ubat dia dan campur tepung jagung.. dua2 dpt...emmm resepi dlm dapo kak ilah

    ReplyDelete
  3. nakkkk air soya..
    minum suam2 @ berais sedapp tu...

    ReplyDelete
  4. macam best je...t nak teraiii lah...=D

    ReplyDelete
  5. salam. lagi sekali..
    kek tu kak kasi sempena kak baru baik dari sakit dan amat rindu memblog dan juga rindu sama kalian semua..sbb tu kak namakan kek penawar rindu..resepi sendiri nama kena kasi la juga.. cuba baca alkisah di N3 yg ada url kat situ ahaksss..emmm

    ReplyDelete
  6. Fuyoh...bestnya tapi akak suka yang gula merah....nanti buatkan akak satu ya,

    ReplyDelete
  7. Boleh buat bisnes air soya hakak ni😊..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]