PAGES

Tuesday, March 13, 2012

Chocolate Bottom Banana Squares ~ Haishh



 
 
Haaaaa.... nampaknya banana squares yang cheq sue buat ni
Agak lari sikit dari yang asal
Sepatutnya ada dua lapisan, plain dan coklat
Tapi entah apa yang dipikiorkan dicampurkan terus sekali gandum dan tepung jagung
Bila dah ayak tu baru perasan kenapa tepung tu warna coklat
Ish ish ish...
Bila dah campur dengan adunan pisang baru la perasan dan silap haribulan
Maka terpaksalah bakar dengan 1 adunan gitu aje
Boleh tak Tun?
Entah apa nak bagi nama ni tak tahu..

Sebetulnya jugak, tak pasti apa rupa sebenar CBBS ni
Macam kek ke, bingka ke
Yang cheq sue buat ni xde la rupa kek
Tapi very the moist dan lembut
Nak kata bingka tak jugak
Cuma memang sedap la dimakan
Ibarat kata Tun, can't stop eating this!




 
Dok kg ni memang syok la sangat
Stok pisang masak ranum ada satu tandan
Kalau dok sana jangan harap nak dapat pisang kapas
Kat sini sampai tak habis makan hah...
 Kalau sapa2 yang ada stok pisang ranum tu boleh la cuba juadah ni
Memang sedap dan berbaloi dibuat
Tq Tun shared this
Wassalam...


CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES
Recipe : Tammy
Sumber : Tun Telani 

** i used loyang 9 ichh

Bahan-bahan :
1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c cheq sue guna brown sugar
1 bj telur
1 sk vanilla
3 bj pisang- mashed - mine is quite large, lg gemuk dr pisang montel cheq sue guna 6 biji pisang kapas saiz biasa
1 1/2 c tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 cwn sebuk koko  - tun guna 1 sk choc emulco
1 cwn chocolate chips

Cara2:
 pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
tunggu sejuk, baru potong petak2. 
SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^

2 comments:

  1. tun x pernah dgr lagi pisang kapas. maybe tau makan je kot, xkenal nape pisang. hihi...
    mmg 2 thumps up kan resepi nih.. ^^ xpuas makan. dh campur coklat semua tu mesti lg sedap tu.. hihi

    ReplyDelete
  2. apalah yang difikir ye... tak apalah, janji jadi dan sedap!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]