PAGES

Wednesday, March 7, 2012

Gulungan Ikan Serai Bakar Berempah

 
 Aduhhh...
Hari yang kelam kelibut
Pagi2 dah jadi macam lipas kudung
Belum pukul 8 dah berpeluh-peluh
Kalau hari2 macam ni mau selim jadinya
Ahakssss..
 
Mmmm...dah lunch ke belum?
Kalau belum boleh la masak ikan bakar gulung serai berempah ni
Memang sedap tau
Wangi je baunya
 
Dah lama dok mark resepi Kak Ita ni
Tapi cheq sue guna ikan talapia aje
Setakat nak makan sorang, memadai lah rasanya
Kalau guna ikan merah macam kak ita tu tentu lebih sedap
 


 
Oleh sebab cheq sue buat untuk seekor aje
Dapat la 2 keping fillet ikan
Saiz pun tak berapa besar
Kira2 cukup la untuk makan seorang
Rempah yang lebih tu cheq sue salutkan pada tulang ikan dan bakar dalam foil
 


 
Kak Ita melengkapkan gulungan ikan ni dengan salad nenas
Memula cheq sue nak gandingkan dengan grilled mango tapi dah abis makan pulak
So lawan ajelah dengan tembikai kuning tu
Sedap jugak pedas2 manis
 
Lain kalai kalau ada ikan merah ke siakap ke boleh la cuba buat lagi
InsyaAllah memang kena dengan selera dan sedap dimakan
Nanti cuba lah ya!
TQ kak ita
Wassalam...



 


 
GULUNGAN IKAN SERAI BAKAR BEREMPAH
Resepi : Kak Ita @ Masam Manis 

1 ekor ikan merah
Ikan merah ni di filletkan ambil isinya sahaja. Buang kulit nya. Cuci bersih dan ketepikan.
Kita akan dapat 2 keping fillet ikan. Potong 2
cheq sue guna 1 ekor ikan talapia, dapat 2 keping 
 
4 batang serai
2 helai daun pandan
Daun pisang
Aluminium foil

Bahan Rempah
5 tangkai cili kering ~ dikisar
4 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc kunyit ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1 kiub ikan
Garam secukup rasa

Campurkan semua bahan kisar dengan serbuk ketumbar, jintan manis, kiub ikan dan garam
Kemudian lumurkan pada filet ikan dan perap sebentar anggaran 20 - 30 minit

Panaskan oven ~ suhu mengril
Sediakan loyang dan lapik loyang dengan daun pisang
Balut ikan pada batang serai dan ikat kemas menggunakan daun pandan yang di siat halus.
Susun ikan atas daun pisang
Balut batang serai dengan aluminium foil supaya batang serai tidak hangus.
Bakar dalam oven selama 30 minit dengan pintu oven direnggangkan sedikit
Selepas 20 minit membakar sapukan sedikit minyak zaitun pada ikan dan teruskan membakar hingga ikan masak sempurna.
Bolehlah dihias kan dengan limau nipis dan di makan bersama nasi atau pineapple salad

4 comments:

  1. Salam Cheq Sue...

    Menarik dan beselera pada sesiapa melihatnya

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum cheq sue....
    Salam p'kenalan d'hulurkn. Sya zura, br je jd follower cheq sue.
    Mmg m'giurkn nengok menu ni...perut yg lapar b'tmbah lapar jd nye..
    Mohon izin utk share resepi yg cheq sue ade ni..hrap2 d'izinkn...Tq.

    ReplyDelete
  3. Salam cheq sue..mmg nmpk sedap.terliur tengok ikan ni..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]