PAGES

Tuesday, March 6, 2012

Ikan Siakap Kukus

 
 
Nyummm... nyummm
1st time buat ikan stim
Tanpa resepi nak rujuk, tak sempat nak skodeng blog kawan-kawan
Pikir la mana2 yang sesuai ikut apa yang ada di dapur
Sebenarnya tak plan nak buat
Tengah2 bersenang2 istirehat, tetiba adik hantar seekor ikan siakap
Buleh tahan besar jugak
Nak masak stim katanya
Adehhhhhh...
Mentang-mentanglah kakaknya ni pandai masak... (ahaksssss)
Senang aje disuruhnya aku!
 
Satu yang suka resepi ni adalah penyediaan yang sangat simple dan senang
Makan lak dah sah-sah sedap (agaknya lah)
Seekor tu tak muat dalam kukusan kena belah dua (kukusan saiz 36' dah tu...bayang la besar mana ikannya)
Semua cheq sue bagi kat adik
Kenduri la ye deme malam tu... 
@_@

Sape2 yang nak terai tu sila-sila la ya
Jangan dok mintak lak, semua dah habis!
T____T
 
Wassalam...




 
IKAN SIAKAP KUKUS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dalam 1 jengkal setengah kot)
Sedikit garam
 1 sb lada hitam (jika suka boleh tumbuk kasar)

BAHAN A
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi
3 biji cili merah segar
2 batang serai
2 inci halia
5 batang daun ketumbar / daun sup
5 helai daun limau purut

BAHAN B
5 sb sos ikan
1 sb gula 
Garam secukupnya (dalam 2 sk)
2 sb sos plum (boleh ganti dengan jus limau nipis)
1 sk sos tiram
 
Cara-cara :
Bersihkan ikan, kelar dan toskan 
Lumur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam bekas / dulang tahan panas
Panaskan kukusan. Bila sudah mendidih, masukkan ikan. Kukus seketika
Hiris @ mayang halus semua bahan A dan tabur ke atas ikan. Taburkan juga lada hitam
Sementara itu, campurkan semua bahan B, kacau hingga garam dan gula hancur
Tuangkan ke atas ikan (termasuk bahagian dalam perutnya)
Sesekali ambil kuah di bahagian bawah dan curah ke atas ikan
Masak sehingga isi ikan menjadi putih
Enak disajikan dengan nasi panas
 

4 comments:

  1. sedapnya siakap kukus...
    suka...

    ReplyDelete
  2. siakap senohong gelama masak lemak...siapa masak...dapat makan sedap...he he he...boleh?Pantun cam ni?

    ReplyDelete
  3. sedapppp nya kalau dapat hirup air stim tu..
    lagi satu siakap tu sedap jugak kalau dibuat masak gulai tempoyak...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]