PAGES

Thursday, March 1, 2012

Puding Roti Koko


 
 
Puding roti koko ni memang simple dan mudah sgt
Cheq sue buat petang semalam
Memang...dah habis dah pun
Walaupun nampak tak berapa nak jelita
Tapi rasanya x kurang hebat
Kebetulan ada 4 keping roti
Nak makan memang tak lalu
Tertengok pulak Kak Ros post pasal n3 ni
Tu yang buat terus
Cheq sue cukup suka dengan puding roti yang tak hancur ni
Terasa ketul2 rotinya tu
Memang sedap!!
Cuma kena faham2 ajelah
Dengan 4 keping roti x dapatla lapisan macam Kak Ros buat tu
Kebetulan pulak semalam terkejar2 nak pi ambil air
Tak sempat susu nak menyerap ke dalam roti
Tu ada kelihatan kepingan roti yang kering
Apapun cheq sue suka dengan resepi ni
Terbaekkk...
Tq kak ros
Wassalam...





 
PUDING ROTI KOKO
Resepi : Kak Ros
 
 Bahan-bahannya
* 8 keping roti (jangan dipotong tepinya)

* 2 1/2 cawan susu segar

* 4 biji telur

* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (tak payah masuk jika tak suka)

* serbuk koko secukupnya untuk ditabur

*Secubit garam

* Sedikit butter 
 kak ros lupa kot nak masukkan kuantiti gula, so cheq sue masukkan 4 sudu makan gula aising utk setengah adunan tu

 Cara memasak
  Setiap keping roti dipotong 2
cheq sue letak je sekeping2 gitu
  Dalam mangkuk masukkan susu,gula telur,garam dan cinnamon.Kacau bahan hingga gula hancur dan ketepikan.

  Ambil loaf pan dan sapukan butter disekelilingnya.Aturkan 4 keping roti didalamnya.Taburkan serbuk koko mengunakan penapis kopi/teh menutupi permukaan semua roti.

  Susun 4 keping lagi roti diatas lapisan koko tadi dan ulang proses hingga roti habis.Jangan ditabur serbuk koko pada lapisan terakhir roti.

  Curah bahan susu yang di pukul tadi kedalam lapisan roti.ketepikan selama 20 minit.(Setelah 10 minit roti direndam tekan bahagian atas roti dengan sudu supaya lebih banyak bahan susu akan menyerap pada bahagian atas lapisan roti.

Panaskan Oven 170'C dan bakar puding roti selam 45 minit atau bahagian atasnya nampak garing.

  Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

9 comments:

  1. huhu. nampak sedap.. koko ! favourite. tapi ta de oven :'(

    ReplyDelete
  2. menarik yer resepi puding roti koko ni ada cinnamon tu sure harum jer baunya..saya suka.sedapnya kalau dpt rasa ni.

    ReplyDelete
  3. teringin nak mencuba ni cheq sue..roti ada dirumah..mekasih ye.

    ReplyDelete
  4. Balik kampung nanti boleh le buat yang berlapis-lapis pulak ya cheq sue.Betul la kak ros lupa tulis jumlah gula dalam resepi.Sebenarnya kak ros masukkan 200 gram gula.Keima kasih kerana mencuba ya cheq sue

    ReplyDelete
  5. Ohhhh macam ala-ala alunan kasih..best juga tu..buat kuah karamel sedapkan

    ReplyDelete
  6. Rajin nyer cheq sue ni...sedap gitu..tak byk ye bahan2nya..kalau la dpat sepotong ni mieza tgh laporrrr huhuhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]