PAGES

Friday, April 6, 2012

Granola Bars ~ Yang Tidak Sepertinya


 
 
Pagi ni dingin sungguh di CH
Pagi2 dah hujan, rasanya macam nak berbungkus aje dalam toto
InsyaAllah harini kalau tak ada aral Cheq Sue nk balik kampung
Dok plan nak balik minggu depan
Tapi ada orang tu dah tak sabar
Kita ikut ajelah sebagai kelindan.. :)
 
Dah lama sangat nak buat granola bars ni
Sehinggalah minggu lepas cheq sue turun Ipoh, jumpa satu kedai bakeri ni
Ada semua bahan-bahan untuk buat
So cheq sue beli la apa yang patut
Cuma agaknya careless sangat masa buat tu terlebih bubble rice pulak
Jadi GB ni agak berderai dan tak melekat seperti sepatutnya
 Pastu madunya tu pulak cheq sue guna yang beku, sebab nak habiskan stok
Agaknya itupun satu sebab GB ni tak melekat bersama




Rasa?
Memang sedap, xde tipu langsung
Macam makan cornflakes madu time raya tu.....
Memang syok dimakan, tau-tau dah kurang kat dalam tupperware
Walaupun kena makan macam makan bertih, tapi cukup puas hati dan layannnnnnn
 Tapi insyaAllah nanti nak buat semula
Stok bubble rice banyak lagi
Nuts pun masih ada
TQ pada Kak Madihaa yang sudi berkongsi olahan resepi ni
Wassalam...




 
GRANOLA BARS
Diolah oleh
MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9")


Bahan2

2 cawan Oats
(kali ni MaDiHaA guna ‘Nature Ten Whole Grains Cereals’) 1 cawan oat biasa je
1 cawan Corn flakes
  2 cawan
1 ½ cawan Puffed rice
(resepi asal guna ½ cawan je) bubble rice
2 sudu besar Badam cincang
(non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed) cheq sue pun
2 sudu besar Walnut cincang cheq sue guna pistachio

2 sudu besar Raisins

¾ cawan madu (resepi asal 1 cawan)

½ cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)

4 sudu besar butter

Cara menyediakan

1. Sediakan loyang yang sesuai. Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.

2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup.  (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.

3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.

4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.

5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar.

6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong.  Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.

7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.


6 comments:

  1. Salam kak sue! alaaaaaaaa... nak buat mcm mana nak carik bubble rice tu kat sini? ada pun sume dah dibentuk jadi makanan dia org ehehe... mmg nmpk sedap niii

    ReplyDelete
  2. Boleh jual kat sekolah anak kakak nie. Mesti anak-anak suka...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sue,
    sedap ni buat kudap-kudap.. tak tersedar makan berketul2!

    ReplyDelete
  4. mcm2 versi granola bars dh tun jumpa. dlm buku resepi tun pun byk. x sempat nk menerai semua. hntr seketul dua wat rasa lah..

    ReplyDelete
  5. wahh menarik la sis..tgh xde selera ni elok juga bikin kudap2 nih..thx ya sis.

    salam singgah, salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  6. Salam..ohhh sedap ni buat kudap-kudapan dalam perjalanan....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]