PAGES

Monday, April 2, 2012

Pulut Panggang a.k.a Pulut Lepo



 
 
Dah lama tak buat pulut panggang 
Alaaaa... dok KL dipanggil pulut panggang
Dok kampung glemer dengan nama pulut lepo
Tu kampung cheq sue lah, kampung orang lain tak tahu pulak
Ternampak di Bangkok nun, nak mintak seketul tak dapat
Terus je cheq sue godek sendiri pagi Sabtu
Kebetulan ada pulut dari tahun lepas lagi
Kelapa pun ada
Guna sukatan gelas aje, kuantiti sama banyak dengan santan
Tapi nak dijadikan cerita, terlebih masa merendam pulut
Cheq sue guna pulut Cap Angsa Emas, sepatutnya rendam kejap aje
Tapi dok sibuk kemas kat stor, sampai petang baru boleh kukus
Adoyaiiiii.... 
Pastu bila dah buat petang, malas pulak nak balut memalam
So simpan kat peti ais, dan kukus pulak keesokan harinya (Ahad)
Jadi bertambah-tambah la pulak lembiknya pulut tu
Xpelah, janji leh makan 
Cuma satu ajelah, bila buat stail orang muda ni guna stapler untuk pinkan hujungnya
Kalau dok kampung jangan haraplah
Memang haram punyalah..
Bukan apa, takut termakan pinnya tu
Bagus kan orang tua-tua ni
Bukan cam kita tau nak cepat manjang
* Aikk, membebel?
Kalau sape yang teringin tu, kena la buat sendiri ya sebab dah habis dah semua ni
Dapat banyak jugak, memang tak habis makan sensorang
Dah jadi rezeki kengkawan semua...
Kot ada masa, cuba ya!
Wassalam...




 
PULUT PANGGANG
Resepi : KAK UMIE E MyR
Sumber : Ika Bangkok

Bahan-bahan ( 15 batang )
4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

Cara-cara
cuci beras pulut dengan air suam
masukkan santan+garam+daun pandan
tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>> yg ni kita kukus mcm biasa
bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
letak atas api dan balik2kan hingga garing>> yg ni kita bakar
makan masa panas-panas... best!


5 comments:

  1. Salam kak sue! kita dtg nak ngendeng 2 ketul :D terasa2 dia punyer pulut yg bhgn keras2 dia tu sbb kita suke bakar garing2 hihihi...

    ReplyDelete
  2. salam ...sdp tu yg garing2...akk suka yg minyak2 sikit dan x kering sangat...apa pun kalau dpt mmg habis punya...hehe

    ReplyDelete
  3. nampak padat, kemas aje pulutnya tu...nani suke yang macam tu..setengah orang buat berderai aje pulutnya..

    ReplyDelete
  4. nampak padat, kemas aje pulutnya tu...nani suke yang macam tu..setengah orang buat berderai aje pulutnya..

    ReplyDelete
  5. antara menu peberet kat umah ni..semalam pun mkn nim gak..tp x amik gmbr lak..hee..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]