PAGES

Friday, April 20, 2012

Victoria Sandwich Cake



 
 
Ini pun menu yang tertangguh, dah lupa dah bila buat, minggu lepas agaknya. Terberkenan dengan kek ni sebaik tengok di blog Kak Yatie, macam memanggil2 aje suruh cuba. Cumanya yang cheq sue buat ni tak la segebu Kak Yatie buat, macam padat2 sikit sikit tapi xde la bantat. Agaknya sebab cheq sue ayak sekali aje kot. Kat dalam resepi suruh 3 kali. He he he...
 
Rasanya pulak ngam sangat kalau digandingkan dengan teh O masa minum petang. Ala-ala English style gitu. Tapi cheq sue ni xde la menyempat bak ber'tea' bagai, potong2 bawa ke sekolah aje sambil nak memulangkan bekas member.
 
Kat tengahnya tu cheq sue cheq sue letakkan dengan fresh cream dan jem blueberry. Memang terasa keknya dengan filling tu. Pendek kata, kek yang perfect lah! Tq pada penyumbang2 resepi ni. Pada sape yang ada kesempatan tu boleh la cuba untuk minum petang. InsyaAllah puas hati.

Wassalam...



 
VICTORIA SANDWICH CAKE
Resepi : Kitchen Guardian
Sumber : Kak Yatie @ Yatiememories

Bahan-Bahan:-
250 gm butter
250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
secubit garam*
5 biji telor yg besar
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanila
Jem strawberry utk sapu pd kek - akak guna jem strawberry jenama"Smuckers"
    Cara-Cara:
    Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
    Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
    Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
    Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
    Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
    Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
    Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.

      4 comments:

      1. book mark je dulu resepi ni. kang nani nak try jugak. kene cari tepung kek dulu.golden syrup ada, takot teréxpired pulak.

        ReplyDelete
      2. sedappnya tengok..
        tetiba jadi lapar..he3

        ReplyDelete
      3. mmg betul tu cheq sue, nmpk sedap kek ni...

        ReplyDelete
      4. Salam kak! glamer betul namanyer mesti sedap kan kak, kek2 ni kita kena buat sebulan seali lerr nmpknyer, nak kena diet balik, diet olok2 ehehehe...

        ReplyDelete

      [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]