PAGES

Wednesday, May 2, 2012

Asparagus Goreng Ikan Masin



 
 
Seumur hidup, ni la baru 1st time cheq sue makan asparagus. Tengok tu selalu la, dok CH memang mudah nak dapat. Balik kursus haritu cheq sue singgah di KEAFARM beli dua ikat RM5, tapi sayang tak tahan nak simpan lama. Tambah2 pulak lupa nak masuk peti ais...memang buang saje la seikat tu.
 
Rasa dia camana ya? Pada selera cheq sue kira ok ajelah, memang sedap dimakan. Agak pahit2 manja gitu, ada rasa macam batang kailan jugak. Cheq sue memule xde idea nak masak apa, dok rancang nak goreng belacan tapi kebetulan ada nasi tak habis, cheq sue masak sampai hancur dan jadilah bubur nasik. Dok menung2, goreng ikan masin sedap jugak rupanya lawan dengan bubur nasi tu.
 
Resepi? Haish, 1st time nak keluar n3 masak2 macam kaku je nak bercerita... ^^ oh la tgk resepi ringkasnya... Masak mudah2 aje...




 
ASPARAGUS GORENG IKAN MASIN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 ikat asparagus - hiris nipis menyerong
1 biji bawang putih + 1 biji cili - ketuk *
1/2 biji bawang besar - mayang *
1 keping ikan masin (tenggiri jeruk)
Sedikit minyak, sos ikan + kicap
 
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan * hingga wangi
Masukkan ikan masin dan goreng sekejap
Agak2 ikan dan masak tu bolehlah dimasukkan asparagus, sos ikan dan kicap.
Masak seketika jangan terlalu lama nanti asparagus menjadi terlalu lembut

5 comments:

  1. Salam kak sue, sedapnyer sayur goreng mcm ni kan? kita mmg peminat tegar sayur2 :D masak apa pun jalannn jerrr :D

    ReplyDelete
  2. tun suka mkn asparagus! celur gitu je pun dh sedap.. tp sini mahal semahal mahalnyer.. x terbeli.

    ReplyDelete
  3. sedapnya sue..kita suka asparagus...buat kukus je pun sedap..baik tau asparagus ni dia utk buang toksik...kalau buar air kecil mesti ada kuar satu bau...hehehehe

    ReplyDelete
  4. cheq sue..asparagus ni la sesatunya rebung yg mieza makan..rebun lain mieza tak makan...dan mieza sukaaaa sgt2 dgn asparagus...kalau ke cameron mmg tak pernah lupa beli asparagus..sedap!

    ReplyDelete
  5. kite suke makan asparagus! rasa manis2 gitu. tapi tak boleh ambil yang dah tua..keras kejung macam pakis tua tu.selalu buat goreng bawang putih biase tu je. kalo tak pun goreng dengan sos tiram.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]