PAGES

Friday, May 25, 2012

Black Forest Cake ~ Surprise Isteri Untuk Suami



 
 
Pertama kali buat kek black forest! Tak seberapa dan simple sangat. Cuma guna resepi penuh la, xde kahwin-kahwin. Resepinya cheq sue dapat dari blog Juwita dan asalnya dari Ena Lovely Kitchen. Bila buat kek baru, selalunya cheq sue akan guna resepi yang disediakan sebab nak tahu dapat berapa berat dan macam mana keadaannya. Untuk kek ni dapat dalam 1.3 kg. Alhamdulillah kata tuan makan tu sedap, walaupun cheq sue agak cuak jugak masa buat sebab untuk adunan A tu tak berapa nak smooth, masih ada ketul2 gitu. Untuk ceri nya tu pun cheq sue letak yang biasa je sebab x beli yang ada tangkai, tapi kira2 alhamdulillah la dengan hasilnya.So kat bawah ni cheq sue kongsikan resepinya untuk kawan2 buat panduan...

Alkisahnya kek ni dioder oleh Kaunselor Sekolah Kak Lia untuk disurprise pada suaminya di sekolah sebelah. Kebetulan beliau kena pergi mesyuarat, jadi cheq sue yang hantar kek tu dan di uruskan oleh pihak kantin sekolah sana. Kira2 surprise tu menjadi lah sebab suaminya tu memang terkejut sungguh ^^

TQ pada penyumbang2 resepi dan pada pengoder ni, lepas ni boleh buat improvement lagi. Wassalam...


Kena betul gabungannya, putih, merah dan coklat. Yang ni sebelum ditulis wordingnya. Gambar lepas siap deco (petang)



 Yang ni pulak selepas diwording, agak kaku sikit tulisannya sebab aising beku. *-*

KEK BLACK FOREST
Resepi : E-na @ Lovely Kitchen

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci

Cara-cara:
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet. rasanya kalau nak buat next time, tak lenser mentega/butter pun ok sebab yang cheq sue buat tu, bila siap keknya jadi penyek sikit ke dalam
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.


CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST
Bahan-bahan:
* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus cheq sue guna gula aising
* Chocolate Syrup Hershey's x guna
* Jem blueberry ( ini ita tambah) filling blueberry
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je ni xde
* Buah cherry bertangkai secukupnya ni ceri biasa
* Chocolate parut 

Cara-cara:
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.


 
Stylish Thankyou

7 comments:

  1. cantik sgt...mesti gumbira asben cheq sue dpt kek black forest ni kan3x

    ReplyDelete
  2. huwaaaaa shantekkk nyer...jeles tul la tgk akak pandai buat kek nih....

    ReplyDelete
  3. sedap!! black forest ni mmg antara kek yg plg tun suka ^^ xpernah wat sendiri. huhu

    ReplyDelete
  4. cheq sue sama macam kek hari lahir umi yang suami beli di kedai...pandai cheq sue ni kan

    ReplyDelete
  5. cantik..mst isinya pun best kan..dh lama xmkn kek black forest..feveret mama yana..slalu beli jer xpnh try bt sndiri hihi

    ReplyDelete
  6. Good job!Good try... semuanya good...good..good!!! Cantik!

    ReplyDelete
  7. salam..sis,sy nak try wat kek ni..mohon ambik resepi ni..tq=)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]