PAGES

Thursday, May 3, 2012

Nasi Komok @ Khao Mok Gai @ Nasi Beriani Siam


 
 
Dengan cepatnya terkena virus nasi beriani Siam ni. Ramai yang dah buat cam Tun, Hasue dan Anna. Ika tu xle nak kata ape la, dah duduk pun kat Bangkok, saje la kalau tak buat lagi nasi ni. Cheq sue buat masa cuti 1 Mei. Dok asyik memandang aje orang buat, kita nak jugak merasa ye dak. Cuma yang cheq sue buat ni x cukup setnya, hanya dimakan dengan ayam masak merah dan papadom aje. Rasanya memang sedap walaupun rupa tu tadak. Cheq sue guna beras siam, basmathi tu memang x pernah ada la kat rumah ni. Sebab tu la hasilnya kemetot2 aje, yang pecah perut pun ada. Cuma nasib baik tak hancur...masak ni pun atas dapur gas... ^^
 
Ibarat kata Hasue, nasi ni memang sedap. Payah jugak nak describe camana. Nak kena buat dulu baru tahu. Cuma yang cheq sue boleh cakap, walaupun makan tanpa lauk, dengan kuah ayam tu pun jalan jugak. Sebenarnya payah jugak nak masak nasi berperisa @ nasi tumis ni (meminjam kata-kata Nani) sebab selalu cheq sue makan sorang aje, cubalah bayangkan buang karan sungguh kalau masak camni dalam jumlah yang sikit kan.... So cheq sue masak 3 pot, ambil sekali makan dan selebihnya bagi pada member. Kalau tak tak daya nak makan hari-hari. Selalu macam tu lah, masak lebih dan kongsi makan ramai-ramai.
 
Tang ayam masak merah tu cuma guna resepi biasa tetapi dilebihkan kicap dan rempahnya dimesin halus. Kebetulan pi TESCO terbeli pulak kacang peas, cheq sue masukkan sekali, memang kena sungguh la time makan tu. Kalau kata korang nak buat lauk guna resepi dalam setnya tu pun boleh... Yang cheq sue ni ikut suka hati aje... Tapi kat sini cheq sue C&P jugaklah semua resepinya...senang nak membuat rujukan lain kali. TQ pada semua penyumbang resepi...yang terlibat memashurkan nasi khao mok ni.

Wassalam...




 
KHAO MOK KAI @ NASI KOMOK @ NASI MINYAK THAI
Sumber : Aisya Khuzaimah

Bahan-bahan utk nasi :- 
4 cawan beras basmathi (rendam dulu lebih kurang 1/2 jam)
2 sudu rempah 'khao mok'  

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
Sumber : Kak Ayu S'pore

2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder) - (Ayu terlupa letak ni!!)
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih) (Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

Bahan Tumis :
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia* (*tumbuk halus)
1/2 biji bawang holland ,potong kecik2.*optional..saya suka sbb ada rasa manis2 pada masakan.
rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang,cengkih & buah pelaga)
lada hitam,sikit je..(tumbuk halus)

Bahan Lain :
susu cair 1/2 cawan
kiub ayam *x letak pun takpe
daun ketumbar / akar ketumbar *ketuk2 sikit
garam
bawang goreng
minyak sapi..sikit je,campur dgn minyak biasa.*Ana guna butter
daun bay 2 helai ( x de pun xpe)
bawang putih jeruk ( xde pun xpe).
* ulam/sayur -timun,salad & tomato
                                      
                                           Cara-cara :                                        
Tumis rempah 4 sekawan,lepas tu masuk bahan2 tumbuk tadi..
Tumis sampai wangi,masuk bawang besar pulak.
Dah agak layu..masuk rempah 'kaw mok' & lada hitam,daun bay..agak2 macam nak garing masukkan air & susu cair.
Sukatan air mengikut pada sukatan beras,kalau 4 cawan boleh la letak 4 1/2 cawan air.
Lepas tu terus masukkan beras  & bahan2 lain ..garam,kiub & daun/akar ketumbar.
Dah masak tabur bawang goreng..

AYAM GORENG 'Khao Mok'
Ayam
Garam
sedikit rempah khao mok 
Sedikit serbuk pati ayam
Perap semua bahan diatas bersama ayam,  Kemudian goreng sampai masak.

SAMBAL / SOS NASI KHAO MOK
6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.

Cara-Cara :
Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..



9 comments:

  1. sedappnya tengok nasi komok tu pepagi gini...
    emtah bila mas nak buat..he3
    masuk list dulu...

    ReplyDelete
  2. Salam kak sue! ahahahaha... kita dah kenyang mkn nasi ni kak :D mmg sedap walau simple sesangat :D kalau kat sini dia mkn dgn salad dia selain timun n daun salad, tapi tang dressing salad dia kita tak jumpa lagi resepinya atau kedai yg kita beli tu mmg spesel ada salad hihihi...

    ReplyDelete
  3. moning..tetiba nampak nasik komok..tomok..hehe...simple tp sedap kan..sesekali jela buat guna beras mahal2..kuikui..

    ReplyDelete
  4. tun jenis yg x suka beras basmathi.. dpt guna beras siam wat nasi perasa2 ni.. alahai.. sedapnyer..

    ReplyDelete
  5. Memang nampak sedap nasi nie... bila la boleh memasaknya ye...kalau nak mintak sepingan boleh???

    ReplyDelete
  6. Belum pernah rasa dan belum pernah try...nama menarik ...akak masuk list dulu

    ReplyDelete
  7. cheq sue..mieza baru berangan nak wat wiken ni sebab anak sedara kesayangan mieza nak datang umah..alih2 pagi ni nasi ni dari singapore tak singgah tg malim pun..tapi terus ke cameron highlands..sedap nyer chew sue!..tunggu kemunculan nyer di tg malim pula ye :)

    ReplyDelete
  8. Nasi feveret yana dh smpai sini..suka bt nasi ni..sedap & simple jer tp dh lama xmsk..rempah punyer lah beli byk ms blk klate ari tu hehee..

    ReplyDelete
  9. Hello Sue, first time I see this name, nasi komok.
    But it sure looks real nice with your ayam masak merah.
    Ini da tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha ha.
    Can see you ada black belt in cooking.
    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]