PAGES

Friday, May 4, 2012

Sup Ayam Hadnyai


 
 
Tested 2 Mei 2012. Makan pada 3 Mei & 4 Mei 2012. Memang sangat sedap sup ni, kena dengan selera cheq sue. Cuma yelah, masak untuk makan sorang ni tak la beriya-iya sangat. Segala mekap pun xde, dengan masa sibuk terkejar sana-sini memang membataskan betul aktiviti masak memasak ni. Nasib baik dok CH ni makanan payah jugak nak basi, dah masak 2 hari pun elok je lagi, tepi kena simpan peti sejuk la ye... Kalau tak basi jugak dah lelame.

Sup ni cheq sue buat dimakan dengan bubur nasi. Hampir nak kembung rasanya dengan kuah yang banyak-banyak tu... Cuma untuk sup ni cheq sue tambah asam keping, kasi masam sikit lagi. Al maklumlah lengkuas yang digunakan tu tak berapa nak segar lagi. 

Errr...tetibe blank lak ye... Update later lah...



 
SUP AYAM HADNYAI
Resepi Asal : PYHONDA
Sumber : Ika Bangkok & Q

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
Sebelah ayam dipotong-potong
3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cheq sue bubuh asam keping nak tambah masam sikit sebab masam lengkuas tak rasa
 
Cara-cara
Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya


9 comments:

  1. Wah,sedapnya kalau dapat semangkuk sup ni..lain dari yg lain namanya..hirup kuah panas2..perghhh mantop..

    ReplyDelete
  2. Hidangan sup begini memang unik, sebab jarang nampak resepi begini. Ramuan yang tersenarai sudah membayangkan aromanya yang menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. kak sue.. besor nmpk lengkuas tu.. hihi.. antara sup yg tun selalu buat.. letak cili padi lebih mmg sedap!

    ReplyDelete
  4. wahh sue pun baru balik dari hadnyai ye...hehehhe...sedap tengok sup tu ..jernih je..:)

    ReplyDelete
  5. macam sedap...nak salin resepi boleh...

    ReplyDelete
  6. sup impian yang belum terbuat lagi sampai skrg

    ReplyDelete
  7. nmpk sedap sup ni. suka resepi ala thai. tambah2 sup ...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]