PAGES

Friday, June 1, 2012

Ubi Kayu Sira


 
 
 Ubi kayu sira ke sira ubi kayu? He he he...apapun namanya inilah juadah yang sentiasa menjadi pilihan. Bila ada ubi kayu memang tak sah kalau tak buat ni. Kebetulan pulak semalam ada ubi kayu kuning, atas arahan 2nd boss disuruhnya cheq sue buat sira.

Dengan segala kepandaian yang ada...digodeklah segala bahan kat dapo, masak sampai boleh makan. Masa tengah masak tu my bonda pegi kenduri, so xleh la tanya apa-apa. Bila dia balik, dia ada la tegur masak ni dah salah step. Sepatutnya empukkan ubi dulu baru masukkan nisse. Aiseyhmannn... Dah lama tak masak ginilah jadinya. Bukan tak kejadian pun sira tu, tapi biasalah ada 2 insan veteran yang nak menyantapnya...kena la bagi lembut2 lagi.. 

Ubi kayu sira ni kalau dah semalaman atau dah beberapa kali dipanaskan lagi sedap tau. Kalau sapa yang pernah makan tu memang tahu lah. Ish kalau la boleh dapat ni barang sepinggan aduh aduh aduh...
Nanti kalau ada ubi kayu jangan lupa pulak cuba ya... Tang bahan2nya tu boleh ubah ikut sesuai selera.... ^^

Wassalam...



 
UBI KAYU SIRA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Sepotong ubi kayu - potong kecil-kecil
5 sb gula
2 keping nisse
3 cawan santan - sederhana pekat
Secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :
Panaskan santan, daun pandan, gula, nisse dan garam sehingga hancur dan pekat
Masukkan ubi dan masak hingga empuk dengan api kecil
Kacau sesekali supaya manisnya mesra
Setelah empuk bolehlah tutup api

** Cara yang disyorkan oleh bondaku :
Panaskan santan dan daun pandan, masukkan ubi, masak hingga empuk
Kemudian tambahkan gula, nisse dan garam
Masak hingga kuah agak pekat


Stylish Thankyou

5 comments:

  1. As salam Cheq Sue.
    Sedap ni buat sarapan pagi....pernah makan tapi belum pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Cheq..
    buakn main sedapnya ubi kayu bersira tu..

    ReplyDelete
  3. salam kak sue.. wah, tun xpenah mkn pulak sira ubi kayu. biasa wat pengat je.

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq Sue..waaahh sira ubi kayu menu nostalgia nii..klu ada ubi kayu sure yana bt jgk..sedapnyaaaa ^_^

    ReplyDelete
  5. salam kenal cheq sue,sedapnya ubikayu macam teringin nak makan la ni jugak hee

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]