PAGES

Wednesday, July 11, 2012

Ayam Burma



 
 
Dah lama jugak tengok pasal ayam burma ni, tak ingat dah kat blog mana. Belek2 resepi ayam kat Dapur Tanpa Sempadan tu terjumpa pulak resepi ni. Dengan cara2 dan bahan2 yang simple cheq sue try la buat untuk berbuka Isnin lepas. Sebenarnya banyak bahan yang tak cukup, tak ada, dan kuantitinya cheq sue buat sedikit aje, tapi alhamdulillah sedap jugak rasanya. Sekali pandang bukan ayam burma, tapi dah jadi kentang burma sebab lebih kentang pada ayamnya. As usual la kan, dalam sikit2 tu pun dapat gak makan dua kali. 
 
Dalam masakan tu jugak cheq sue masukkan sebiji terung dan sedikit capsicum. Memang sedap sungguh la, dengan wangi baunya semerbak. Agak2 kalau ada daun pudina lagi wangi baunya. TQ pada Che Mat atas perkongsian resepi ni. Kawan2 bila lagi nak cuba? Wassalam...
 






AYAM BURMA
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

Stylish Thankyou

8 comments:

  1. wah pepagi akak dtg sini dah di hidangkan dgn ayam..tak payah ke burma pun boleh makan ayam burma kan?..sedap ni..

    ReplyDelete
  2. he hee cheq sue menu kita lbh kurg sam arini ayam jgk..tp yg ni kt burma yer:P

    ReplyDelete
  3. salam Cheq Sue, ni kira lauk sihat gak lh yer.. ngn xde santannye, ngn sayurnye.. mkn ngn lempeng tepung atta best nih..hee..

    ReplyDelete
  4. baru nak tulis macam yang anim cakap. Tapi nak cakap jugak lah.. Tak payah pergi burma dah dapat makan ayam burma..hehe.

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap..bahan2 pun simple jer.. kita suka masak klu xguna sntan..nnt nk cuba lah..^^

    ReplyDelete
  6. bahan lain memang senang, tapi nak cari daun pudina tu susah sikit kat sini.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]