PAGES

Monday, July 30, 2012

Chocolate Indulgence Cake ~ Yang Comot's Di Hari Jadiku



 
 
1st time buat kek ni yang memang dah lama dalam list. Cheq sue dah lama sangat nak cuba, dah 2 3 resepi dok study last2 terberkenan dengan yang diselongkar dari blog Chah. Nampak macam susah je resepinya tapi bila tanya2 member yang dah pernah buat, dapatlah sedikit idea. Cumanya bila buat kek dalam bulan puasa ni memang mencabar sungguh. Tambah2 bila tuang ganache yang cair meleleh2 tu, kena kat tangan, kat lapik kek adeeeehhhhhh seksa sungguh. Kalau tak boleh la calit ke mulut. Ni mampu tengok ajelah. Pastu untuk lapisan coklat hitam dan coklat putih tu dah takleh nak rasa jugak tahap tawar dan masinnya.





Inilah tupa keseluruhan kek yang sangat comot. Kalau tengok memang tak lalu pon. Dah la wordingnya tu diletakkan CHEQ SUU...cheq sue sebenarnya tak perasan tapi bila ditegur Kak Hawa, kenapa U ada dua... barulah cheq sue nampak. Mmmmm takpelah, nak buat camana. Cuma untuk kali ni kejadian ganache tu hampir sempurna, walaupun agak cair.





Ini pulak kek yang telah siap dicoating dengan lapisan coklat hitam dan coklat putih. Kalau dilihat lapisan coklat tu agak pucat seba cheq sue guna milk choc compound. Masa ni memang cheq sue letak aje atas redai dan bila dituang ganache, ia akan turun dalam bekas merah bawah tu. Tapi rupa2nya ada mudah dan ada susahnya buat camtu.

Satu tip yang cheq sue perasan, masa buat kek, terutama untuk coklat putih dan coklat hitam, elakkan guna coklat yang disimpan dalam peti sejuk sebab ianya akan menyebabkan coklat putih dan hitam tu menjadi berair. Masa cheq sue buat tu memang ada air jugak la masa nak paip lapisan coklat tu.





Ganache yang terhasil. Untuk 1 1/2 adunan kek tu, agak banyak jugak ganache yang lebih. Agaknya untuk 1 adunan kek lagi banyak la yang lebih. Pasni kalau nak buat kena la kurangkan lagi. Apupan sangat suka sebab ganache kali ni dah jadi. ^^





Kek yang dah siap dikerjakan. Kelam pulak gambarnya. Kalau dibandingkan dengan kejadian di dalam bloh Chah tu memang la tak boleh lawan. Nasib baik ada rupa... Overall boleh bagi 7/10 pada diri sendiri untuk penghasilan kek ni. Memang banyak yang boleh diperbaiki. InsyaAllah satu masa nanti kalau nak buat mesti jadi better than this. Terima kasih pada penyumbang2 resepi untuk kek ni. Wassalam.

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Rujukan & sumber : Chah

Chah gunakan resepi kek span dari Blog Kak Yati .  Cheq sue gunakan resepi kek span coklat di sini
* Jika ingin menggunakan tepung kek span pre mix, anda cuma perlu ikut arahan pada label tepung tersebut.

Nota : Daripada resepi yang dikongsikan oleh Chah, saya ubah suai sedikit di dalam tulisan merah.

Bahan-bahan (kek) :
150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss roll.

Untuk mengurangkan tekanan perasaan sebab lama sangat kena tunggu kek masak, saya bakar dalam loyang bersaiz  10 in x 12 in x 1 in . Saya bakar dalam dua loyang, so bila dipotong dua, saya dapat 4 keping kek yang bersaiz 6 x 10 in.

Resepi Kek Span yang cheq sue gunakan :
(Cheq sue buat 1 1/2 adunan)

Bahan-bahan ( Saiz 9" )
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 sk esen vanila
20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit. 
Bila masak sisipkan bahagian tepi loyang dan terus telangkupkan di atas redai
* Oven suhu 170'C 

Bahan-bahan white choc filling:
100g compund white chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, cheq sue pun)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja) cheq sue guna 2 telur C
100g gula halus 80g
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, cheq sue pun guna Anchor, 1st time)

Cara-cara:
Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
Pukul telur gula dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata. Cheq sue agak ada kesilapan teknikal sikit dalam step ni sebab x ada dimasukkan gula. So cheq sue pukul je dulu gula dengan butter sebelum dimasukkan telur dan step seterusnya. 

Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:
100g compund dark chocolate (Chef Khairi menggunakan brand Collata, cheq sue guna choc milk compound - Collata)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja) 2 telur C
100g gula halus 80g
250g non dairy whipping cream (Chef Khairi gunakan brand Anchor, cheq sue guna Anchor)

**Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:
Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
Masukkan butter kacau perlahan. 
Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 
 ** ganache yang saya hasilkan tu agak cair sedikit, ambil masa yang lama untuk pekat. Mungkin sebab saya guna campuran dark choc dan milk choc compound. 

Cara untuk assemble kek: 
Potong kek menjadi 4 keping. 
Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!


NOTE :
Dah tak ada ke yang nak join GA cheq sue ni? Jom la join kawan-kawan... Walaupun hadiah xde la kebaboom moh la bagi sokongan. Boleh???


Stylish Thankyou

10 comments:

  1. salam chheqsue.HAPPY BIRTHDAY...Semoga pjg usia ,murah rezeki,berjaya dlm kerjaya & isteri yg solehah.Aminnnnn


    K.atie dah email...nanti cek ya!

    ReplyDelete
  2. Assalam cheq sue,hepi besday,moga termakbul segala doa,pnjang umo,murah rezeki...Wah untung kan klo pndai wat kek sendri,ala comot2 pon xperlah cheq sue,janji sodap kan..

    ReplyDelete
  3. tu laa..betuk ckp kak ct, janji sedap.. hihi. tun mmg xleh la main ganache ni bulan puasa, nnti automatik jari yg kene coklat tu masuk mulut.. hahaha.

    ReplyDelete
  4. hepi befday cheq sue... alahai iap buat choc indulgence tu...best nye

    ReplyDelete
  5. hppy besday Cheq Sue...wah tercabar tak tgk kek tu dpn mata...hihi...

    ReplyDelete
  6. happy birthday cheq sue
    sedapnya cake chocolate indulgence tu..kalau dekat boleh minta sepotong nak rasa, lepas berbukalah kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    selamat hai jadi cheqsue
    semoga panjang umur dan dimurahkan rezki

    salam kenal, saya follow sini ye :)

    ReplyDelete
  8. Salam kak sue! happy besdayyy to uu!!!!! moga di beri kesihatan yg baik n dipermudahkan urusan akak dunia akhirat insyaAllah! kalau kita dpt kek cekelat skrg ni cuma boleh abiskan separuh dr sepotng kek tuu, dah kurang betul dgn kek2 cekelat atau cekelat2 sejak dah masuk 30 an nii :D lagi satu kan plastik tu plastik biasa buat bungkus lauk tuu, tp carik yg jenis tebal sikit yg jenis licin jer tuuu bukan yg mcm nipis sgt tu takut nanti bocor pulak masa panas2 kalau ziplock bag tu pulak ada jual kat supermarket2 :)

    ReplyDelete
  9. salam Cheq Sue, comot xpe janji rase dia mengancamm! akk memang xbleh jumpa menda2 coklat nih, suke sgt.. dh jd bad habbit plak, stiap kali lps mkn msti nk mkn coklat wlaupon skit. kalo dpt kek camtu memang 'dunia ana yg punya' la..hihi. bila sesak2.. kunyah milo pon jadik..hee..

    ReplyDelete
  10. salam dear... nak tanya ne... akak buat dua adunan ker kek tu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]