PAGES

Thursday, July 12, 2012

Sambal Tempoyak Goreng



 
 
Sambal yang tak pedas? Inilah yang boleh cheq sue makan. Kalau yang namanya pedas-pedas berapi @ sambal bercili padi tu alamat nengok ajelah yang mampu. Cheq sue cukup alah dengan kepedasan. Kalau nak makan sambal ni kena pilih yang betul2 tak pedas. Tapi kalau tak pedas, kan boleh dinamakan sambal ye dak? Ish ish ish...apapun inilah resepi yang mungkin ada orang macam cheq sue ni boleh cuba. Tapi sambal ni tak banyak la dapatnya, dalam sekali makan aje. Yelah, yang nak disuap pun mulut sendiri, jadi kalau buat banyak2 kang diri sendiri jugak yang kena habiskan.

Sebagai orang yang baru2 pandai makan tempoyak, cheq sue tak boleh lagi makan tempoyak secara terus @ mentah, kena proses dulu. Kalau dah jadi gulai tempoyak, sambal atau yang sewaktu dengannya barulah boleh cheq sue makan. Biasa kalau cheq sue buat sambal ni memang makan dengan nasi panas, laju aje. Kalau ada belimbing buluh boleh jugak kot dimasukkan sekali.
 
Bagi sesiape yang berminat nak terai tu, boleh la lebihkan kuantiti cilinya. Kalau nak dapat lebih banyak, boleh tambahkan lagi kuantiti bahan-bahannya tu. Cheq sue bagi idea aje, moga memberi manfaat pada semua. Wassalam...




SAMBAL TEMPOYAK GORENG
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
3 sb ikan bilis
1 sb tempoyak
2 biji cili
1/2 biji bawang besar

Cara-cara :
Tumbuk bawang besar, cili dan ikan bilis hingga separuh lumat
Kemudian masukkan tempoyak dan tumbuk lagi
Panaskan minyak dan goreng bahan tumbuk tadi hingga kekuningan.
 
 
Stylish Thankyou

8 comments:

  1. salam cheqsu
    aduii sedap ni cicah dengan ulam2 petai ke baru lah bertemu macam2 bau kan...

    ReplyDelete
  2. sedapnye tengok.. adoi.. lapar jadi perot..

    ReplyDelete
  3. Baru buat 2 hari lepas. Mmg sedap! Pastu lawan dgn gulai ikan tempoyak mmg ngam sgt. ;D

    ReplyDelete
  4. sedapnya cheq sue..feveret tau samabal tempoyak ni..tp,xde tempoyak kat sini.huhu

    ReplyDelete
  5. alamak tempoyak dni tak ado lak hehe

    ReplyDelete
  6. hampir sama dgn resepi keluarga kami
    cuma lain sikit sbb panaskan mintak dan goreng sekali sampai kering ;)
    emm pasti sedap tu makan dgn nasi panas

    ReplyDelete
  7. ishk ishk sedapnya...sini tempoyak kena buat sendiri, kena beli durian dulu.tp biasanya tak dan buat tempoyak, dah kena ngap hehehe

    ReplyDelete
  8. salam Cheq Sue,memang sedap sambal tempoyak camni, mkn ngn ulaman n ikan goreng pon dh cukup. makan tak hingat la jwapnyer..huhu. ni sambal yg slalu diseludup msuk ke hostel mse skolah dulu..heee..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]