Alhamdulillah...28 Julai 1980 - 28 Julai 2012, genap umurku 32 tahun. Syukur pada Tuhan atas rahmatNya dan segala keberkatan yang diberikan kepadaku. Terima kasih dari sudut hati buat kedua ibu bapaku yang membawa aku ke dunia, disayangi, dididik dan dijadikan insan sepertimana aku hari ini. Terima kasih Tuhan kerana masih memberikan aku kesempatan untuk terus menagih kasihMu, bimbinglah aku terus di jalanMu dengan segala rahmat dan kesejahteraan dariMu. Semoga hari-hari mendatang ini menjanjikan sejuta kebahagiaan buat diriku sentiasa. Selamat ulang tahun untukku.... Wassalam...
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 32. semoga mendapat keberkatan hidup daripadaNya, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...Ameen...
ReplyDelete