Pastinya saat ini masing2 sudah sibuk membuat persiapan akhir menjelang hari raya yang InsyaAllah akan menjelma tidak lama lagi. Cheq sue sendiri pun sudah selamat sampai ke kampung petang hari Rabu, 15 Ogos lalu. Kawan-kawan yang baru nak memulakan perjalanan tu diharapkan dapat berhati-hati. Jadilah pemandu yang berhemah. Sepanjang jalan balik Gua-Musang ke Pasir Puteh, memang banyak sungguh PDRM, JPJ dan traffik yang membuat pemantauan. Jadi beringatlah kalau tak mahu kena saman.
Bila dah dekat raya ni, memang banyak yang perlu dibuat Oleh yang demikian aktiviti berblog ni bercuti seketika. Segala gambar2 yang masih belum diupload tu akan diletakkan kemudian. Cheq sue dah tengok tadi ada banyak e-kad raya kawan2 yang cantik2 tu. InsyaAllah lepas raya ni baru cheq sue nak ambil ya, sebagai kenang-kenangan. Dan kalau sudi silalah ambil e-kad dari cheq sue yang tak seberapa ni ya!
Kepada semua teman blogger, cheq sue memohon maaf seandainya ada terkasar komen atau terlebih kata di dalam n3, mana yang kurang tu datangnya dari cheq sue sendiri dan yang lebihnya itu dari Allah jua. Seandainya diizinkan kita akan berjumpa semula selepas hari raya nanti. Semoga Aidilfitri kali ini membuahkan kebahagiaan pada kita semua.
Selamat hari raya Cheq Sue... maaf zahir batin, andai ada yang menyinggung selama persahabatan maya kita.
ReplyDeleteselamat hari raya cheq sue..maaf zahir dan batin :)happy eid mubarak..
ReplyDeleteSelamat hari raya cheq Sue.
ReplyDeletesalam eidulfitri che sue...taqabbalallahu minna wa minkum
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN :D
ReplyDeleteAssalamualaikum CheqSu
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, maaf zahir batin
Salam Kak Cheq Su, Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin..
ReplyDelete