PAGES

Saturday, September 8, 2012

Angry Bird : Pesen Ni Jelah Yang Aku Reti...

 
 
Nampaknya lately ni n3 dah bercampur gaul. Dah tak banyak n3 pasal foodies. Maklumlah sejak balik cuti raya tu saya berpuasa, sekarang tengah nak habiskan hari terakhir puasa enam (insyaAllah) jadi bila berbuka pun makan mana yang ada. Kalau ada kelapangan nanti2lah kita cuba resepi baru pulak ya. Jadi jangan bosan dengan n3-n3 saya ni ok.... *_*
 
Bila ada permintaan untuk buat kek angry bird, memang dah tak ada pesen lain, pesen gini jelah yang saya reti, yang mana tangan dah lembut menghiasnya. Sesekali memang agak kejang kat jari kalau guna aising banyak. Namun masa menghiasnya tu tak lama.
 
Seperti jugak dua tempahan di bawah ni, yang mana jaraknya berselang sehari. Keduanya mahu kek angry bird, jadi saya hasilkan dengan dua warna yang berbeza. Memang selalu buat warna pink tetapi untuk yang kuning ni, tempahan angry bird pernah dibuat sebelum ini jadi saya buat lain sikit warnanya.
 

Tempahan Kak Lia sekali lagi untuk hari ulang tahun anak bongsunya yang pertama, majlisnya bersama sambuta hari raya dan bacaan Yaasin Khamis lalu. *Makanan semua sedap-sedap, TQ Kak Lia. Untuk kek ni saya gunakan kek span coklat dengan filling blueberry dan peach.

 
 Ini pula tempahan untuk sambutan hari jadi prasekolah SJKC Tringkap. TQ pada Anis & Khairul. Saya gunakan kek span strawberry dengan filling blueberry dan peach.

Semoga keduanya berpuas hati dan terima kasih banyak-banyak. Wassalam...

Stylish Thankyou

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]