PAGES

Friday, September 7, 2012

Mihun Bandung ^_^

 
 
Mihun bandung ni cheq sue buat untuk berbuka 2 3 hari lepas. Dah lama sangat nak makan mee bandung (sebenarnya) tapi tak ada pulak mee, dengan mihun pun bolehlah. Cheq sue memang suka sangat mee bandung tapi amat jarang membuatnya. Kat sini boleh tahan payah juga nak beli, nak dapat yang sedap. Bila tengok2 kat buku resepi ada pulak resepi dari blog Kak Yatie.

Untuk makan sorang, cheq sue ubah sikit cara-caranya dan kuantiti bahan-bahan tu. Yelah, kadang2 nak makan sendiri ni kita boleh buat ikut cara kita. Contohnya macam ubi kentang untuk pekatkan kuah, cheq sue blend je terus sekali dengan bahan kisar. Pastu telur pun cheq sue lebur aje dalam kuah, takde nak buat telur cemplok. Yang penting tercapai hajat nak makan mee bandung walaupun dah jadi mihun bandung sebenarnya.

Pada teman2 yang agak tak berapa tahu nak buat mee bandung, bolehlah guna resepi ni, memang sedap dan puas hati sungguh. InsyaAllah kalau ada mee nanti nak cuba dengan mee pulak, mesti tangkap leleh punyalah... TQ Kak Yatie sudi berkongsi resepi sedap ni. Wassalam...

 
MEE BANDUNG
Resipi:  Yatie

Bahan-bahan:
* Mee kuning- dibasuh dan di celur sekejap(saya guna mihun je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah cheq sue guna ayam
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan

Cara penyediaan:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.

Cara hidangan:
Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
Setelah siap, bolehlah di makan.

Stylish Thankyou

5 comments:

  1. air liur meleleh lalu menitis di atas keyboard...

    sedap kemaen..>.<

    ReplyDelete
  2. mmg feveret kita ni mee bandung... terliur dah ni...dahla tgh lapar...huhu

    ReplyDelete
  3. Salam cheqsue..k.atie dtg bawak mangkuk ni..nk tapau mee bandung :D

    ReplyDelete
  4. Salam kak sue! salam lebaran, maaf salah silap, terkurang atau terlebih, senagaja atau tak maaf zahir batin. eeeee..lama tak makan mee bandung, minggu depan kita dah MCM nak mulakan pemakanan daun2 ajerrr, risau betulll raya2 ni main masukkk jer sume :D

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri kak Cheq Sue.. Mengancam abis mee bandung ni.. Nur tergodaaaa.... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]