PAGES

Thursday, November 1, 2012

Macaroon Kali Ke 7 & 8

 
 
  Betapa gigihnya lah cheq mek sue ni... kalau kata apam polkadot tu memang dah berputus harap, tapi dengan macaroon ni memang sentiasa nak cuba buat walaupun tidak berjaya. Bayangkan saja, ini sudah kali ke 7 dan ke 8 cheq sue membuatnya. Satu yang suka bila buat macaroon ni walaupun tidak menjadi tetapi masih boleh dimakan.

Ingatkan bila guna KENWOOD dah menjadi la macs nya tapi belum lagi, hampir-hampir menjadi aje. Agak puas hati jugak dengan kemenjadian hasil ke 7 ni walaupun kakinya masih tak mahu keluar.

 
Satu sebab yang cheq sue perasan adalah kandungan telur putih yang tak mencukupi. Untuk dua biji telur beratnya tidak mencapai apa yang dikehendaki. Lepas ni kena timbang la ikut betul2 sukatannya.
 
 
Untuk fillingnya cheq sue cuma letak nutella. Memang sedap sangat.
 
 
1st time guna macaron sheet map yang dibeli dari kedai online Kak Ida 1001resepi. Memang mudah sangat guna sheet tu, mudah je nak keluarkan cuma agaknya sebab cheq sue letak penuh2 sangat, bila masak tu dia kembang semangkuk. *-*
 

Ini pulak cerita macas yang ke 8..dibuat pada hari yang sama sebab nak menghabiskan serbuk badam. Yang ni cheq sue memang timbang telur putihnya. Untuk mencapai berat yang dimahukan perlu dalam 2 biji lebih tapi yang ni serbuk badam pula yang tak cukup. Tu yang kalau lihat shellnya agak nipis dan rapuh.

Yang ni memang dah target pun tak akan jadi cuma buat ajelah untuk habiskan bahan. Fillingnya pula cheq sue letak cream cheese. Agak sedap jugak rasanya masam-masam manis gitu.

Resepinya masih lagi cheq sue tak mahu share takut memberi kesan pada orang lain yang nak cuba. Kalau dah jadi nanti baru cakap okeh... :)

 
Setakat ni tak putus asa lagi dengan macs. InsyaAllah lepas ni bila dah ada bahan dan kelapangan memang nak cuba semula. Doa-doakanlah agar menjadi... Wassalam..

Stylish Thankyou

5 comments:

  1. salam kak, dr texture mac tu saya simpulkan akak kurang fold@kacau macaron tu. Selalunya bila bertanduk mcm tu maksudnya kena fold lagi sampai adunan cair sedikit.
    Kedua, mungkin adunan tak di timbang dengan betul. Make sure to fold +- 50 stroke.
    Third, Macaron kena keringkan betul2. Di hari ujan lebih baik keringkan lebih dari 12 jam sampai atas dia keras.

    Just my 2 cent dari pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Salam Cheqsu,
    alahai...rajinnya buat mac nie...sy pestime dulu buat ada yg jdi dan ada yg tdk....smpi la nie x penah nak buat dah....hehe...

    tp akan ditry lgi la...tp x tau bila....:)

    ReplyDelete
  3. comel jer tgk macaron Cheq Sue..Adda gk xberani lagi nk mencubanya..kihkih

    ReplyDelete
  4. mgkn kakinya tu malu nk kuar kot...hehe..QH bru 2x buat..1st mjadi..kali kedua tu kakinya xde la pulak...

    ReplyDelete
  5. tahniah atas kegigihan anda..
    sy lom pernah try macarons ni tp sudah berputus asa...hahahaha

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]