PAGES

Friday, December 14, 2012

Dan Bunga Pun Berkembang # 1

 
 
 
Zainab memandang wajahnya di cermin. Ada kedukaan dan kesuraman di situ. Di birai matanya ada sisa-siasa air mata yang mengalir tanpa sedar. Hatinya terguris, terluka dek kata-kata teman sepejabatnya, Jauhari yang terkenal bermulut lancang. Kata-katanya tajam bak pedang, luka walaupun tak berdarah tetapi sakitnya menusuk jiwa. Apa yang dikatakan Jauhari memang benar, memang nyata. Dia memang anak dara tua. Pada umurnya 35 tahun sudah layak dia berkahwin, bersuami dan mempunyai anak-anak sebagai pelengkap hidup. Tetapi semua itu tiada..dia hanya bersendirian. Pun begitu adilkah bagi Jauhari berkata sesuka hati kepadanya? Adilkah dia dikata anak dara tua sedangkan dia tidak ingin begitu. Dia seperti insan lain jua, mahu mengecap nikmat hidup berkeluarga, tidak seperti sekarang hidupnya terlalu sunyi dan keresahan. Namun apakan daya, ajal maut jodoh pertemuan letaknya di tangan Allah Yang Maha Berkuasa, dia sebagai hamba yang lemah lagi tak berdaya tak mampu menahan takdir. Akhirnya Zainab mengambil keputusan. Biarlah apa yang hendak Jauhari katakan. Biarlah puas hatinya menghina. Selagi dia belum menyalahi undang-undang mahupun hukum alam, biarlah sesiapapun mahu berkata apa jua kepadanya…biarlah… perlahan Zainab menyapu air matanya. Dia tersenyum memujuk dirinya sendiri.

 *****

‘Kak Nab ni tak habis-habis kerja. Sampai bawa balik ke rumah.’ Sapa Dayang, teman serumah Zainab. Anak gadis berumus 24 tahun itu masih menuntut di UKM. Telah setahun menyewa dengannya.
‘Biasa la kerja akak ni Dayang, tak pernah habis. Ni akak kene setelkan, besok Cek Mat nak tengok.’ Zainab menjawab sambil tersenyum kepada Dayang.
‘Agaknya orang dah kerja memang sibuk macam ni ekk.’ Dayang bertanya lagi.
Zainab memandang. Betapa naifnya Dayang yang mentah pengalaman.
‘Tak semua orang macam akak ni. Nanti kalau Dayang dah kerja baru tahu macam mana keadaannya.’ Zainab mengulas.
‘Nasib baik akak belum kahwin, kalau tak mesti susah.’
Isk isk isk… Tajam sungguh kata-kata budak Dayang ni. Terkesima Zainab seketika.
‘Apa yang susahnya?’ Dia sekadar menduga.
‘Ha lah…dengan anak-anak lagi, dengan suami lagi, dengan kerja lagi, mesti susah nak bagikan masa.’ Dayang petah menuturkan kata. Macamlah dia tu pernah merasa bagaimana.
‘Dayang…kalau akak dah kahwin nanti pandai la akak ejas timing akak.’ Alangkah hibanya dia menuturkan kata-kata itu.
‘Allah….’ Tiba-tiba Dayang memandangnya.
Hai…apa pula ayat nya kali ini. Zainab menunggu.
‘Maafkan Dayang akak. Dayang tak sepatutnya cakap macam tu.’ Barangkali sedar dengan keterlanjuran katanya, Dayang segera memohon maaf. Dia baru sedar bahawa urusan nikah kahwin ni terlalu sensitive buat Zainab.
‘Ish…tak ada apa lah Dayang. Akak takde apa pun…akak dah lali dengan semua ni. Bagi akak Allah belum mengizinkan akak untuk berdua. Mungkin ada hikmahnya akak belum kahwin. Kalau akak dah kahwin dah tentu Dayang tak boleh duduk sini.’ Panjang lebar Zainab menjawab, dia tidak mahu Dayang berasa ralat. Lagipun dia sudah nekadkan dalam hati tak akan ambil hati dengan perkara-perkara ini.
‘Kalau Dayang tanya akak marah tak?’ Pertanyaan Dayang menghentikan kerja-kerja akaun yang dilakukan Zainab.
‘Apa dia?’ Zainab memandang Dayang yang memandangnya.
‘Akak suka lelaki macam mana ya?’ Dayang bertanya.
Amboi…macam wartawan pencen pulak dia menyoal.
‘Kalau Dayang, nak yang macam mana?’
‘Eh Kak Nab ni, Dayang muda lagi lah…’ Merona merah wajahnya. Sebab itulah Zainab serasi dengan Dayang. Gadis itu ibarat adiknya.
InsyaAllah Dayang…kalau ada rezeki akak, ada izin Allah, satu hari nanti akak akan kahwin…ada suami, ada anak-anak…tetapi masanya akak belum pasti….detik Zainab di dalam hati…

*****
‘Bagus Nab…saya suka dengan cadangan awak untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan syarikat kita. Lepas ni awak boleh kemukakan kertas cadangan untuk saya bawa ke mesyuarat lembaga pengarah.’ Ketua jabatan kewangan tempat Zainab bekerja, Encik Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Cek Mat di kalangan staf-staf Syarikat Mesra Iklan sentiasa bersetuju dengan apa jua cadangannya.
‘Mesti lah bagus Cek Mat, naik pening kepala saya memikirkannya. Sampai tak tidur saya malam tadi.’ Zainab menjawab dengan nada yang senang. Dia dan juga staf lain senang berurusan dengan lelaki bermisai itu. Masih muda, baru 40 tahun tetapi sudah menduda. Isterinya meninggal ketika melahirkan anak sulung. Bukan seorang, tetapi tiga orang semuanya.
‘Awak takpe Nab, belum ada komitmen lagi. Macam saya ni, mana nak fikir hal ofis, mana nak fikir hal budak-budak lagi. Nasib baik emak saya boleh temankan kami.’ Cek Mat berkata dan memandang tepat ke arah  Zainab.
Aikkk… Cek Mat pun sama nak ngenakan dia.
‘Nak buat macam mana Cek Mat…orang bujang la katakan.’ Zainab hanya tersenyum hambar.
‘Jangan terasa ye Nab…’ Agaknya terperasan dengan perubahan wajah Zainab, Cek Mat segera meminta maaf.
Zainab mengukir senyum lagi… dia segera meminta diri. Ada juga saudara Jauhari di pejabat ni…detiknya. Malas dia nak fikir…segera dia menyambung kerjanya.

*****
Zainab mengajak Dayang menemannya ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur yang telah habis. Selalunya mereka memang senang keluar berdua. Sedang Zainab memilih bahan-bahan mentah,bahunya disentuh seseorang. Segera dia memalingkan diri. Dahinya berkerut. Cuba mengingati gerangan raut wajah yang tersenyum kepadanya.
‘Zainab kan?’ Tegur wanita yang cantik berbaju kurung bertudung litup.
‘Ini siapa ya?’ Zainab masih belum mengingati raut wajah itu. Memorinya low. Processornya sudah slow.
‘Ini Zetty la Kak Nab. Sama course di UK dulu. Ingat tak?’ Zetty? Zetty? Aduh…yang mana ye?
‘Haaaaaa baru akak ingat. Ye ye…akak dah ingat dah Zetty. Maklumlah dah tua-tua ni ingatan pun dah kurang.’ Balasnya sambil tersenyum.  Segera dia bersalaman dan saling berpelukan.
‘Lamanya tak jumpa akak. Macam mana sekarang?’ Alamak…ni mesti terkeluar bab tu nanti…
‘Akak macam ni la Zetty…’ Lemah aje jawabnya..tetapi masih tersenyum.
‘Akak datang sorang je? Mana suami akak?’ Zetty berterusan bertanya. Suami? Gulp…. Dia dah agak dah…
‘Ni suami saya kak, Amran. Ni pulak anak saya Karmilla.’ Zetty mengenalkan suami dan anaknya yang  baru datang.
Zainab tersenyum memandang Amran dan mengagah Karmilla di atas dukungan.
‘Comel anaknya. Akak ni kahwin pun belum.’ Zainab tersenyum lagi.
‘Hah…maafkan saya kak. Saya tak tahu.’ Zetty memaut bahunya, serba salah.
Zainab tersenyum lagi…dia memandang Dayang…

 
Stylish Thankyou

2 comments:

  1. salam cheq sue...kawan2 dan sedara mara akak ramai yang masih belum berkahwin walau sudah berumur...tapi kalau dpt kawin dgn lelaki yg teruk pun tak guna jugak kan!
    jodoh itu , Allah yg tentukan...akak ni pun dulu org dah label kan dgn gelaran andartu....pada hal umur akak baru 25 tahun....sebb nya akak ni jenis tak ada boypren dan tak reti kawan2 dgn lelaki...tapi sapa tau...tup2 akak jugak yg kawin lebih awal dari teman2 akak yg sibuk berpacaran ke hulu hilir...hihi...mcm2 lumrah dunia!
    setia menanti sambungan cite nih!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]