PAGES

Thursday, December 20, 2012

Pelihara Kereta Sebiji

 
 
Awak ada kereta? Ada... Awak? Eh mesti lah ada. Mmmmm, saya pun ada. Kereta biasa je, cukup untuk membawa saya ke mana-mana. Heeeee, bila sebut pasal kereta di zaman sekarang, jarang rasanya yang tak ada. Alkisahnya begini. Semalam cheq sue membuat rutin biasa, iaitu penjagaan tayar macam alignment, balancing dan check rim. Ok, ok, bukan cheq sue buat, tapi pomen kedai tayar okeh. :)
 
Pasal tayar ni cheq sue selalu buat di Kedai Maju Tayar (Kg Kelewet, Tanah Merah). Lokasinya terus saja dari Pantai Timur sehingga ada bangunan Continental. Sebenarnya kedai tu agak jauh jugak dari rumah, tapi tak apalah, dah biasa dan selesa di situ.
 
Bila bukak tayar aje... 'berat doh ni kak, 3 butey keno tuka.' Adey, 3 butey? Rim pulak 2 bijik yang bengkok (bekas eksiden). Ok, done, repair . Baru aje pi korek bonus semalam dah ada yang menagih. Pikir punya pikir, tukar 2 aje, 1 masih elok (tukar Dis 2011) dan 1 lagi tu pejam sebelah mata, nanti tukar di CH. Bukan ape, duit dalam purse tak cukup... :( Ting tong sana sini, dekat 2 jam kat situ, melayang la jugak hampir enam ratus. Fuhhhh...tetiba je dalam hujan renyai-renyai tu rasa panas. Naik ni pulak dah menunggu masa untuk servis, duit lagi.
Tapi bukan duit yang terbang itu hendak diceritakan. Dah kita guna, itulah satu pengorbanan perlu kita buat untuk menjamin keselamatan. Saya selalu terfikir, orang ni tahu naik aje kereta. Paling tidak isi angin dan isi minyak. Sebagai seorang pengguna, patut-patut kita buat la apa yang perlu. Sampai masa servis - hantar workshop. Tayar, alignment kena jaga. So far setakat ini kereta saya tak pernah lagi memberi masalah, kecuali eksiden 2010 (paling menakutkan)  dan pecah clutch (cukup masa katanya). Lain-lain masalah seperti bateri, viper dan lampu itu koman. Selalu menempuh perjalanan 600++ km pergi balik semestinya saya mengharapkan kereta dalam kondisi terbaik. Jadi, anda-anda yang ada kereta tu, sila-sila la jaga kereta anda.. ^_^ Wassalam
Stylish Thankyou

4 comments:

  1. salam cheqsu..
    akak sokong sangat lah cara cheqsu yg dok jaga kereta begitu rapi, sepatutnya mmg kena buat macam tu kan, sama lah dengan hubby akak,dia akan ingat keta tu belum servis, keta ni next month keta tu belum tukar tayar aduii mmg terpaksalah kuarkan duit, tapi utk keselamatan terpaksa kan, so far keta kami mmg tkde yg buat perangai alhamdulilllah

    ReplyDelete
  2. eh, org tanah merah yer..kak hani ni tau naik dan bawak kereta saja. haram tak tau pasal lain.setakat ni hubby yg urus segala hal termasuk isi minyak pun..beli kereta pun tau, bayar jer tak tau...hehehee

    ReplyDelete
  3. tak dop keto lagi nih cheq sue..haha

    ReplyDelete
  4. pertengahan taun ni pun gee dah berhabis 8 ratus lebih tuk kereta. tp xpela demi dia yg bawa kite hari2..he3

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]