PAGES

Thursday, January 24, 2013

Nasi Goreng Tomyam & Salam Maulidur Rasul

 
 
Sebelum cerita banyak, terlebih dahulu cheq sue nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL pada semua, bersempena dengan kelahiran Junjungan Besar kita. Semoga hari ini memberi ketenangan buat kita semua.
 
Bila kamera rosak! Inilah gambar yang akan terhasil. Cukup sedih. Pedih sangat-sangat. Kamera yang sangat berjasa bukan sahaja untuk berblog tetapi juga untuk digunakan semasa PBS di sekolah. Aduhhh, baru je dapat bonus dah kena keluar dah... :(
 
Jadi tak mengapalah, dengan gambar yang tak menarik ni pun cheq sue nak kongsikan satu resepi yang rasanya semua orang pernah dan tahu buat. Menu biasa aje pun tetapi sedapnya luar biasa. Kalau sebut aje tomyam, siapa yang tidak suka. Jadi bila ditukar kepada nasi goreng tomyam ni, mmmm apatah lagi. Cheq sue baru pertama kali buat ni, saja nak cuba. Tengok dekat internet bermacam resepi yang ada, cuma cheq sue buat ikut suka sendiri sahaja. Memang A+ tau, rugi tak cuba. JAdi kawan2 pun boleh la buat mengikut kepakaran sendiri. Mesti jadi menu kesukaan.
Selamat bercuti sehari buat kawan2 semua. Sampai jumpa lagi. Wassalam..
 
 
NASI GORENG TOMYAM
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 cawan nasi 
1/2 cawan isi ayam (hiris nipis)
2 kuntum bunga kobis (hiris nipis)
4 batang kangkung (potong panjang, agak2 lah)
1/4 batang lobak merah (hiris nipis)
1/2 kiub tomyam KNOR (boleh juga guna paste atau kiub jenama lain
1/4 kiub ayam (opt)
Serai (dalam 3 " bahagian tengah - ketuk) 
3 helai daun limau purut
Gula, garam, kicap, sos ikan
2 sb campuran cili kering, bawang putih, bawang merah (sedia mesin)
Sedikit minyak untuk menumis dan air
 
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis campuran cili kering hingga agak garing
Masukkan ayam, kiub ayam, kiub tomyam, serai dan daun limau purut. Masak hingga kedua kiub hancur dan ayam agak empuk serta naik bau
Masukkan sayur-sayuran (bunga kobis, kangkung, lobak merah). Masak hingga sayur agak layu. Tuangkan kicap, sos ikan, gula dan garam (agak2lah jangan sampai termasin)
Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata beberapa ketika sehingga semuanya mesra. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Stylish Thankyou

4 comments:

  1. salam maulidurrasul..sdpnye nasi goreng cheq sue ni..gee pg ni goreng nuget je.pemalas tul.he3

    ReplyDelete
  2. Ya Nabi Salam alaik...

    Salam Maulidur Rasul

    Sedap tu.. pagi ini mamawana masak mee goreng basah jer for bekfas.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut maulidur Rasul Cheq Sue...
    mmmm harumnya bau nasi goreng tom yam!

    ReplyDelete
  4. Wow! kalau dapat sepinggan pon sodap nih... hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]