PAGES

Tuesday, January 15, 2013

Old Fashion Pancake

 
 
Lagi menu hujung minggu. Teringin nak maka pankek, bila terlihat di blog DTS lagi kuat keinginan tu. Caranya mudah dan bahan2 pun semua ada. Mula2 plan nak makan dengan sos epal, tapi member ajak makan nasi lemak kat kedai pulak, dah makan untuk lunch pankek ni. Boleh?
 
Pankek ni juga telah merasmikan TEFAL 20 cm yang cheq sue beli tahun lepas, sebab tu la kejadiannya pun comey2 aje, cuma masalahnya pankek tu tak naik sekata, macam tinggi sebelah. Tetapi pankek ni tersangatlah lembut dan gebu. Cheq sue hanya sapu nutella dan kaya sebagai inti. Memang sedap sangat-sangat. Member yang sedang tido pun boleh jaga dek harumnya. Bukan apa, sebab cheq sue guna esen butterscotch menggantikan esen vanila. Lagi la semerbak.

Cheq sue buat pankek ni sebanyak dua adunan. Dengan pan 20 cm tu tak la dapat banyak (mungkin che mat gebu guna pan yang lebih kecil) tapi dapatlah dikongsikan dengan ahli keluarga. TQ pada Che Mat yang sudi berkongsi resepi ni. Kawan2 kalau nak cuba untuk sarapan di alu-alukan lah ya. Selamat mencuba. Wassalam.

 
OLD FASHION PANCAKE
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar guna susu cair
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla ganti dengan esen butterscotch
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan saya guna minyak jagung
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup

CARA MEMBUATNYA :-)Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.Hidangkan bersama buah2 segar pilihan anda dan paipkan sedikit madu atau maple syrup dan kalau suka boleh letak sedikit mentega. Menghasilkan 9 - 10 keping pancake.....Selamat mencuba!!...
Stylish Thankyou

4 comments:

  1. slm kak sue.. pan 20cm, mmg kenyang mkn sekeping nih. hihi.. tun suka jugak mkn penkek, tp hasben tun xminat nk mkn, tu yg jarang buat. nnti tun jd bam2 nk habiskan semua. kalau balik kg best la buat penkek, ramai tukang makan.

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian pancake tu... memang berbaloi2!

    ReplyDelete
  3. Assalam sue, kat umah akk ni mmg ramai tukang mkn tapi tak tahan nak berdiri lama2 la nak membuatnya, kalo buat confirm licin, cantik warna dia

    ReplyDelete
  4. Sedapnya pancake tu.. Kalau makan panas2 alangkah nikmatnya...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]