PAGES

Thursday, February 28, 2013

Red Velvet Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Puas hati sungguh dapat menternak lemak di badan. Huiiii statement tak sayang mulut! Apakan daya, bila terasa nak makan kena la buat. Walaupun dah habis episod blueberry slice cheese tu, tambah pulak dengan RVC yang juga menggunakan cheese. Kali ni cheq sue mencuba resepi Nurul, yang diskodeng dari blog tokeh kek Anna Qawina. Resepi ni agak mudah jugak, bahan pun tak banyak.

Sebelum ni ada la beberapa kali buat RVC, dan apabila mencuba resepi ni memang boleh rasa kelainannya. Yalah, lain orang lain resepinya. Tak salam mencuba untuk memenuhkan ilmu di dada. Cewahhh..

 

Oleh sebab kek ni dibuat only for me, memang togel sajalah tanpa sebarang hiasan. Masa cheq sue buat ni dah dekat jam 12 malam, mata tak mengantuk, fikir nak siapkan saja kek ni, nak simpan dalam esbok dan nak makan sejuk esoknya. Aiiii tak senonoh sungguh la perempuan ni kan...


Kalau melihat potongan di bahagian dalamnya, memang tak sekata potongan kek tu sebab cheq sue menggunakan pisau roti,  potong punya potong dah senget sebelah. *_*.Walau apapun, inilah yang dikatakan pengalaman. InsyaAllah boleh cuba buat lagi lepas ni.

 ~ Wassalam ~


RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@Cakes2U
RVCC by AnnaQawina

Bahan-bahan
 
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar *Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
 CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting.

CREAM CHEESE FROSTING 
Cream Cheese Frosting by AnnaQawina
(Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah)

500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Wednesday, February 27, 2013

Blueberry Slice Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Siapa yang tak suka cheesecake? Dalam dok kata berdiet, kalau ada la cheesecake ni memang tak tolak kan? Tak dapat se slice, dapat 2 3 slice pun jadilah. Gitulah cheq sue rasa, orang lemah iman la katakan, bila saja rasa nak makan memang kena buat. Sejak di mesyuarat haritu dah terasa-rasa nak makan cheesecake. Jadi bila balik tu bermulalah projek membuat slice cheesecake ni. Memang dah lama pun hajat nak buat. Slice cheese tu pun dah beberapa kali dok keluar masuk peti ais.


Sebenarnya, bila buat sesuatu, kek terutamanya, memang agak menakutkan apabila adunannya memerlukan kita membuat meringue. Nak buat macam mana, selalu aje kek sebegitu kurang menjadi. Tapi untuk resepi ni memang tawakkal lah. Dulu dah pernah buat sekali dan hasilnya agak kurang memuaskan walaupun masih boleh di makan.



Alhamdulillah untuk kali ini kejadiannya agak memuaskan. Walaupun kek yang terhasil agak rendah kerana menggunakan loyang saiz 9. Ingatkan kek ni naik tak hengat, rupanya naik gitu2 aje, macam segan-segan. Eh, bukannya tak jadi. Keknya jadi, ringan, gebu dan moist aje. Kalau kata nak buat untuk makan-makan sendiri, memang berbaloi buat. Mungkin hasilnya tak la sama macam cheesecake yang guna Philadelphia, tapi yang ini pun sudah cukup memuaskan hati. Tq pada yang berkongsi resepi, yang banyak membantu dan menghilangkan kempunan di hati.

 ~ Wassalam ~


SLICE CHEESE CAKE
Resepi : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

Tuesday, February 26, 2013

Air Kopi Dangdut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Eh, korang dah minum pagi ke belum? Kalau belum meh la sini. Sesekali layan dangdut kan macam masyuk je, terasa bergoyang segala urat saraf mengikut rentak muzik, sesuai sangat kalau dengar semasa bersenam, bikin lebih peluh you. Tapi kita di sini bukannya nak cerita tentang dangdut ataupun goyang gerudi, tetapi sekadar nak berkongsi minuman yang namanya Kopi Dangdut ini dengan kawan2 semua. Resepi sebenarnya menggunakan teh, tapi cheq sue ni saja je nak buat kopi, sebab itulah namanya pun betukar... Bukan apa, kalau teh + susu ni cheq sue memang alah la, kalau boleh malas nak minum, kalau tak mesti 2 3 hari dok beralun je dalam perut.

Rasanya untuk menyediakan air ni semua dah tahu caranya. Pertama kali buat dulu saya menggunakan nescafe, dan kali ni menggunakan kopi. Kena pastikan air rebusan susu tu mendidih betul, barulah cantik buih yang terhasil. Barulah rasa semangat nak minum. Tang kuantiti susu dan air tu bolehlah diejas mengikut kesukaan masing-masing. Yang penting kurangkan manis dalam minuman tetapi lebihkan manis dalam senyuman... :)

Cuma satu je, masa tengah ambil gambar ni, tetiba je kamera habis bateri, tak sempat nak snap banyak. Dalam mana yang ada inilah gambar paling jelas walaupun ada macam tak kena aje settingnya. Walau apa pun TQ pada yang sudi berkongsi resepi ni.

 ~ Wassalam ~
 
AIR TEH DANGDUT

Bahan-bahan ( 1 gelas )
2 uncang teh
3 sb susu pekat
2 sb susu cair (option)
Air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara
-rebus teh tu dengan setengah cawan air...pastikan teh tu pekat.. (pastikan teh tu jadi pekat, biasanya saya rebus setengah cawan air dan bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je...)
-1 cawan air panas,campur susu pekat dengan susu cair lepas tu tarik sampai berbuih
-lepas tu masukan susu ke dalam gelas sekali dengan buih-biuh tu..
-akhir sekali baru masukan teh yg pekat tadi ke dalam susu.. Masukkan teh tu slow2...
*sukatan air dan susu ikut suka kite sendiri nak manis atau tidak...sukatan air pun same....ikut saiz gelas kita...kalu nk senang kite sukat dulu air mengikut gelas yg kite nk guna...

Monday, February 25, 2013

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar semuanya kawan2ku pada hari Isnin ni. Selamat berkerja, jangan ada Monday Blues okay. Cheq sue tak tahulah, hari ni hari pertama memulakan kelas Pendidikan Moral di tingkatan 5 pula setelah pertukaran jadual kali yang ketiga. Harapnya tak adalah sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam debar sebenarnya cheq sue mengharapkan segalanya akan berjalan lancar. InsyaAllah...aminnnnn.


Berbalik pada resepi apam gula hangus ni, ianya merupakan juadah pertama yang disediakan setelah balik dari cuti tahun baru cina. Dah selalu juga lihat resepinya di My Resepi, tetapi baru ni jelah dapat mencuba. Serius, senang dan menjadi. Memang korang kena cuba buat jugak. Errrr, ke cheq sue aje yang baru buat, korang dah buat lama dah ya?
 

Untuk resepi ni cheq sue hanya buat setengah adunan sahaja dan dapat dalam 12 biji acuan perahu. Memang besar gedabak la apam tu, tambah2 ianya memang gebu tahap span. Cuma, dengan resepi separuh tu cheq sue kurangkan lagi kuantiti gulanya, yang mana ini mengurangkan sedikit rasa manis apam tu. Biasalah apam gula hangus ni kita nak makan manis2 sikit kan... Tak apalah, baru pertama kali kan, next time boleh baiki lagi.

Cuma satu je yang tak puas hati, permukaan apam ni menggerutu sikit. Nak kata termasuk air kukusan, dah bungkus penutup dengan tuala. Kalau nak buat untuk tempahan, tak sedap la orang tengok tak lawa. Tapi bila tengok dekat laporan di MyR tu ada banyak jugak yang jadi menggerutu macam yang cheq sue buat ni. Perghhhh...ayat tak menahan weh! Walau apapun, terima kasih pada yang berkongsi resepi ni.

~ Wassalam ~

APAM GULA HANGUS
Resepi : hazz_63@MyR

Bahan-bahan (untuk sekeluarga)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Sunday, February 24, 2013

Pesta Cahaya Malam Chap Goh Mei

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salam hujung minggu. Pagi ni cuaca mendung, hujan berkabus sangatlah melemahkan. Rasa macam nak berbungkus aje dalam toto. Tapi tak boleh la nak layan sangat, kang semua kerja ke mana. Jadi n3 ni cheq sue nak kongsikan  Pesta Cahaya yang di adakan malam tadi, bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei, iaitu pengakhiran sambutan Tahun Baru Cina citulah.


Masa tu cheq sue tengah nak keluar, tetiba je bunyi meletup-letup. Dah agak dah diorang ni main mercun, raya la katakan. Pada malam2 sebelum ni pun diorang dah galak berdentum dentam, nak tidur pun tension. Cumanya yang malam tadi dentuman tu agak berlarutan. Jadi sempatlah cheq sue snap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.


Pesta cahaya malam tadi tu cheq sue agak berlaku 20-30 minit jugaklah, dengan pelbagai corak bunga api. Rasanya tak perah tengok corak2 sebegitu. Memang cantik sangat2 walaupun sakit lagi di telinga mendengar dentumannya.
 

Kos? Mmmmmm jangan cakaplah. Mahu puluh2 ribu RM. Kalau yang koman biasa kita main masa raya pun dah beratus2 hengget, inikan pula yang bercorak kebaboom serta lebih besar bunga apinya.


Bunga2 api ni dipasang di Kampung Raja. Memang agak dekat dengan rumah. Ini dari depan rumah cheq sue. Yang herannya kenapa la syik dok snap belakang tiang lampu tu. Ish ish ish..


Kesemua gambar ni cheq sue snap menggunakan Canon 550D dengan lense 50mm menggunakan bermacam2 mode antaranya full auto, night potrait dan  flash off. Dalam gelap, nak pilih mode pun tak nampak. Jadi inilah sahaja yang dapat dikongsikan.

~ Wassalam ~

Saturday, February 23, 2013

Suka Suki Di Desa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat berhujung minggu. Ke mana agaknya hari ini? Cheq sue hanya bersantai-santai di rumah. Melihatkan kain baju yang bersidai dan yang akan bersidai sudah cukup memeningkan. Denga rumah yang lintang pukang seperti tongkang pecah, dah tak ada gaya rumah anak dara dah... Nak kemas jugak la sikit-sikit nampaknya.

Sebagai mengisi n3 hari ni, sekali lagi cheq sue nak kongsikan gambar2 anak-anak buah yang balik semasa CNY (11 Feb 2013) baru2 ini. Memang seronok sangat, jarang dapat jumpa semuanya. Masing2 ada di rumah. Yang Kolumpo, yang Terengganu semuanya balik. Jadi ini adalah sebagai kenang-kenangan untuk mereka lihat lah. Cuma yang ralatnya bila tengok gambar tu balik, langsung tak ada gambar baby Nazirah, maklumlah dak kecik tu asyik nak berkepit dengan uminya saja.


Amar Zariff. Susah sangat nak dekat ngan budak ni. Kadang2 boleh, kalau datang anginnya memang tak boleh cuit langsung. Budak Adam tu pulak tak pernah duduk diam. Boleh pulak dia start motor Tok Ceknya tu sendiri....


Aktiviti mencari serangga pun selalu je dibuat. Pantang ada nampak apa-apa, mesti nak tengok.


Anisa dan Sarah mengenakan busana yang dibeli dari Indonesia. Cute aje budak2 ni, nampak suci bersih, yang dua kat belakang tu tak tahulah kena apa...


Ini pulak semasa mandi sungai pada suatu petang. Gambar tengah mandi tak boleh nak tunjuk. Seksi dan seksa. Ayuni tu suka sangat bergambar ala-ala retis tak glemer...pesen budak sekarang agaknya nak bergambar begitu. Tak paham makcik! Dia, Aina dengan Anisa sama spesisnya saja.


Dah siap mandi. Kat belakang tu la tempat bermain airnya. Dulu kat situ airnya dalam, memang tak lepas. Sekarang ni sesuai la untuk budak2, Tok Cek diorang selalu jugak mandi kat sini. Airnya sejuk. Siap ada batang pokok kelapa untuk terjun ke sungai. Memang seronok ah..


Jalan balik dalam kebun getah. Tak jauh pun dari rumah. Kalau jalan kaki dalam 15 minit sampai la. Tapi kami ni pergi dengan kereta. Hala balik tu nengok budak2 main bola sekejap.


Ini pulak gambar saja2 bebudak main. Tengok ajelah si Sarah tu, bukan main lagi pemalu dia, nak bergambar pun terkasa-paksa. Dapat snap 2 3 keping cukuplah. Kat rumah ni memang glemer sangat aktiviti mencabut kemuncup dan menangkap kumbang. Kalau balik kampung, lumatlah rumput dekat pokok limau Tok Mek, masing2 nak cari kumbang, pastu buat main-main.

Entah bila la pulak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.Semoga semua anak buah Makcik sihat seadanya. Makcik sayang korang semua....

~ Wassalam ~

Friday, February 22, 2013

Hokkaido Chiffon Cake

 
 
Kembali. I'm back gitu. Perghhhh...rindu sangat nak bercerita tapi terpaksa stop dan berdiam diri seketika kerana menghadiri mesyuarat yang statusnya SULIT di ibu negara. Sebelum nak cerita tentang HCC ni, cheq sue ingin nak kongsi tentang pengalaman berada di KL / Selangor baru-baru ini. Sejujurnya, dalam beberapa tahun jugak tak ke ibu kota, jadi cheq sue memang risau sangat-sangat. Alhamdulillah dari sini segalanya berjalan lancar. Dah standby plastik takut muntah dalam bas...cuma loya aje dek badan berangin. Sampai di KL tu bas terus berhenti di KL Central. Terfikir pulak ada ke tidak komuter ke Subang Jaya, dah kena bertanya situ sini. Tiba2 je cheq sue rasa jakun di negara sendiri. Bila dah naik komuter tu baru perasan bentuknya sama macam LRT, aishhhh macam2 rupanya yang dah berubah kat sana tu.
 
 Hala balik lagi lah kelakar. Dengan bertiga, masih jugak perlu lihat tanda arah, bertanya sana sini. Yang nak gelaknya salah platfom LRT, rasa macam entah ape je, nama duduk Malaysia tapi sesekali ke bandar nampak sangat macam rusa masuk kampung. Di Hentian Pudu pulak, dah rasa macam berada di Jakarta. Tak tahu yang mana orang Melayu, yang mana orang Malaysia. Tak suka betul perasaan macam tu.
 
Itulah sedikit perkongsian, warganegara yang berasa tidak selamat di negaranya sendiri...
 

Dah, cukup dulu membebel di petang hari ni. Marilah kita bercerita pula tentang hokkaido chiffon cake (HCC) yang cheq sue buat beberapa minggu lepas. N3 lapuk jugak...

Sebenarnya cheq sue tak dapat nak rasa macam mana rasa HCC ni, dapat makan sebijik aje weh...memang tak puas. Pada cheq sue, HCC ni memang gebu sangat, ringan dan spongy. Memang tak rugi la buat ni. Cheq sue guna cup yang agak besar, 1 adunan tu dapat tak banyak mana la, dalam 12 biji je rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan hasil yang dibuat kawan2 yang ni tak la lawa sangat, agaknya isi penuh (walaupun dah timbang dalam 50-55g). Tak apalah, janji menjadik.


HCC ni pada saya sedap dimakan selepas semalaman. Kalau makan terus pun tak ada masalah, cuma kalau semalaman tu rasanya lagi moist dan mesra. Fillingnya tu cheq sue gunakan filling cream puff resepi daripada Honey (MyR). Sedap jugak bergandingan dengan HCC yang gebu tu. Next time boleh guna whip cream pulak. InsyaAllah cheq sue akan buat lagi sebab tak puas makan, cuma masanya tu tak tahu lah bila.

Kawan-kawan yang belum buat lagi tu sila la ambil masa membuatnya. Memang tak rugi. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

 
HOKKAIDO CHIFFON CAKE
Sumber : Rahel

Bahan A:
150g tepung kek-ayak 2x
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung
100g gula kastor

Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
70ml minyak jagung/canola oil
4 biji kuning telur
100ml susu segar
1 sudu teh strawberry paste/esen vanila

Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
2.Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A.Kacau hingga licin.Ketepikan.
3.Putar putih telur hingga berbuih,masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi
   sedikit sambil putar sehingga naik dan kembang (stiff peaks).
4.Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan.
   Kemudian masukkan lagi 2/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati
   dengan perlahan.
5.Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg
   adunan kek dan timbang 55g setiap satu cawan ).
6.Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas & bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit. 
   (tergantung kepanasan oven masing-masing)
7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke
   dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''

Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu

Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel
   bentuk star.

Stylish Thankyou