PAGES

Tuesday, February 26, 2013

Air Kopi Dangdut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Eh, korang dah minum pagi ke belum? Kalau belum meh la sini. Sesekali layan dangdut kan macam masyuk je, terasa bergoyang segala urat saraf mengikut rentak muzik, sesuai sangat kalau dengar semasa bersenam, bikin lebih peluh you. Tapi kita di sini bukannya nak cerita tentang dangdut ataupun goyang gerudi, tetapi sekadar nak berkongsi minuman yang namanya Kopi Dangdut ini dengan kawan2 semua. Resepi sebenarnya menggunakan teh, tapi cheq sue ni saja je nak buat kopi, sebab itulah namanya pun betukar... Bukan apa, kalau teh + susu ni cheq sue memang alah la, kalau boleh malas nak minum, kalau tak mesti 2 3 hari dok beralun je dalam perut.

Rasanya untuk menyediakan air ni semua dah tahu caranya. Pertama kali buat dulu saya menggunakan nescafe, dan kali ni menggunakan kopi. Kena pastikan air rebusan susu tu mendidih betul, barulah cantik buih yang terhasil. Barulah rasa semangat nak minum. Tang kuantiti susu dan air tu bolehlah diejas mengikut kesukaan masing-masing. Yang penting kurangkan manis dalam minuman tetapi lebihkan manis dalam senyuman... :)

Cuma satu je, masa tengah ambil gambar ni, tetiba je kamera habis bateri, tak sempat nak snap banyak. Dalam mana yang ada inilah gambar paling jelas walaupun ada macam tak kena aje settingnya. Walau apa pun TQ pada yang sudi berkongsi resepi ni.

 ~ Wassalam ~
 
AIR TEH DANGDUT

Bahan-bahan ( 1 gelas )
2 uncang teh
3 sb susu pekat
2 sb susu cair (option)
Air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara
-rebus teh tu dengan setengah cawan air...pastikan teh tu pekat.. (pastikan teh tu jadi pekat, biasanya saya rebus setengah cawan air dan bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je...)
-1 cawan air panas,campur susu pekat dengan susu cair lepas tu tarik sampai berbuih
-lepas tu masukan susu ke dalam gelas sekali dengan buih-biuh tu..
-akhir sekali baru masukan teh yg pekat tadi ke dalam susu.. Masukkan teh tu slow2...
*sukatan air dan susu ikut suka kite sendiri nak manis atau tidak...sukatan air pun same....ikut saiz gelas kita...kalu nk senang kite sukat dulu air mengikut gelas yg kite nk guna...

7 comments:

  1. pasti bdangdut lpas minum air ni..heheh...sedapnye klau dpt tu..time sejuk2 diopis ni..bestnyee

    ReplyDelete
  2. perh...memang berdangdut ni. mesti sedap

    ReplyDelete
  3. selalu gak order kalu lepak mapley... pandai buat sendiri ye...

    ReplyDelete
  4. Wah..kak ros tak pernah cuba ni...takut dah tak larat nak berdangdut.

    ReplyDelete
  5. Banyak dangdut perkara dangdut... kali ini nak rasa kopi dangdut pulak... he he ehh mesti terangkat punya!

    ReplyDelete
  6. ~ singgah sini nk join dangdut jugok hihiii ^__^..supo lah dgn yana..xleh minum langsung air teh o, teh + susu..klu minum..hmm..seminggu lah angin barat daya bergelora dlm perut nih hehee

    ReplyDelete
  7. huhuhu salam, nak minum kopi ni kena bg xde mood...tetiba je mood leh ada blk...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]