PAGES

Sunday, March 17, 2013

D'Oren Tomyam, Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesiapa yang selalu berulang balik ke Kelantan mesti tahu di mana letaknya kedai makan ni. Dari jauh dah nampak disebabkan warnanya yang terang dan keadaan lapang di sekelilingnya. Kedai makan yang terletak di jalan besar Gua Musang - Kuala Krai ni memang mudah dicari. Ianya terletak selepas pos pemeriksaan polis, berdekatan dengan Kem Semur. Memang boleh nampak dengan jelas..


Di kedai makan ni, disediakan juga tandas dan surau untuk bersembahyang. Jadi selepas berjalan lauh, bolehlah berhenti solat seketika dan menikmati air kelapa muda.


Saya selalu juga singgah di kedai makan ni, tapi tak pernah lagi merasa ikan bakarnya. Kalau udang tu memang kena pantang. Tengok ke senarai harganya tu tak tahulah mahal ke murah. Tapi kalau dah nak makan, tak kisahlah tang harganya tu, kan?


Specialnya kat sini kita boleh menikmati hidangan berasaskan belut. Saya pertama kali makan belut di sini, terus jatuh cinta. Menu pilihan tentulah belut masak paprik. Kalau nak menu lain pun boleh, tapi setakat ni saya pilih masak paprik. Bagi penggemar belut tu boleh la singgah untuk mencuba resepi belut ni.


Ini pula menu yang kami makan baru-baru ini. Pilihan biasa lah kalau ke kedai makan. Ada tomyam, kailan ikan masin dan telur dadar. Kira lengkaplah 3 sekawan tu. Cuma pada hari tu tak tahulah semua masakannya agak pedas walaupun dah mintak tak mahu pedas. Makan sambil berulam air la jawabnya.


Antara air yang di pesan. Tergamam jugak bila tengok sirap laici dibuat 2 layer macam tu. Terus rasa nak buat, tengok jadi ke tak.

Kat sini pula saya senaraikan menu yang di makan dan harganya...Rasa jugak macam mahal sikit tapi tak apalah, itu rezeki diorang.

4 nasi putih
1 tomyam campur
1 telur dadar
1 kailan ikan masin
2 belut paprik
1 sirap limau
3 singa beng a.k.a limau ais
RM 39.50

 Pada sesiapa yang ada lalu di jalan Gua Musang - Kuala Krai tu boleh la cuba makan kat sini.

********** (^__^) ********** 

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 

~ Wassalam ~

4 comments:

  1. terliur la tgok...
    nak pergi jauh sgat ;)

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak tu berbaloiii denga harga yg berpatutan

    ReplyDelete
  3. jauh tak dr Gua Musang? hehe saya takat GM jela..x lalu kot hala ke KK tu..kalau x jauh sgt bolehla jejak nnt kelik kapong..hhehee

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]