PAGES

Thursday, March 14, 2013

Entry Ke 1000

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dalam diam, sudah sampai n3 yang ke 1000 rupanya dok membebel, dok bercerita di blog yang satu ni. Bermula dari Oktober 2010 sehingga detik ini, alhamdulillah mood berblog masih belum berhenti dan sentiasa berkobar-kobar untuk mengeluarkan n3... walaupun ada masanya tu memang rasa macam nak buat tak tahu...... :X

Sejujurnya saya memang sangat suka menulis. Saya suka berangan-angan. Saya suka berkhayal. Dengan menulis ni saya dapat semacam kepuasan yang sukar digambarkan. Bila sedih, suka, gembira, melalui tulisanlah saya meluahkan segalanya. Ada ketikanya juga saya hanya mahu berdiam diri, tetapi pada akhirnya saya akan menulis sesuatu untuk merawat diri sendiri.


Buat yang sudi bertandang ke sini, yang sudi membaca apa yang saya tuliskan, ribuan terima kasih di ucapkan. Semoga dari hasil tulisan saya ini dapat memberi manfaat, paling tidakpun memberi hiburan pada sesiapa yang membaca. Mana-mana tulisan yang ada mengguris hati tu saya memohon ampun dan maaf kerana sesungguhnya saya hanya insan biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

3 comments:

  1. Tahniah! Hebat tu... entri ke 1000...sesungguhnya menulis itu salah satu terapi minda!

    ReplyDelete
  2. Tahniah dah 1000 n3..tapi rasanya tahun ni maybe boleh tulis sampai 1500 n3..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]