PAGES

Tuesday, March 5, 2013

Homemade Pizza Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama jugak sebenarnya tak buat pizza sendiri. Selalu kalau ada masa, makan aja di Pizza Hut Ipoh. Tapi kebetulan berBW di blog Kak Ros Jintan Manis, ternampak pizza gebu yang dibuatnya. Terus rasa semangat nak cuba bila semua bahan-bahannya ada. Pizza kali ni antara yang pertama kali cheq sue buat dengan menggunakan topping biasa-biasa. Selalu kalau topping pizza ni cheq sue akan masak dulu.

Serius, memang sedap base pizza ni. Memang lembut sangat. Dengan toppingnya, kejunya dan rakan2 di dalam tu, pizza ni hampir sempurna. Dengan satu adunan tu cheq sue buat 3 biji, jadi saiznya agak besar jugaklah. Sebijik hantar pada Adik Naim, sampai separuh dia makan sorang.


Untuk sapuan sosnya cheq sue gunakan sos spageti cendawan dan bawang putih, sapu aje di atas adunan tepung  dan baru ditabur dengan bawang, capsicum hijau, sosej dan crabstick. Cheq sue juga menabur oregano kering dan serbuk lada hitam. Kemudian dipaipkan pulak dengan sos cili, soso tomato dan mayonis. Last sekali barulah ditabur dengan keju cheddar yang telah diparut. Tapi, ini bergantung pada citarasa dan bahan2 masing2 la ya, kalau nak letak benda lain yang bersesuaian pun boleh. Terpulang...


Kalau korang rasa dah lama tak buat pizza tu, bolehla cuba resepi ni. Memang puashati sangat-sangat. Tq Kak Ros sudi berkongsi resepi.

~ Wassalam ~

HOMEMADE PIZZA LEMBUT DAN GEBU
Sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

 
Bahan-bahanya ( untuk Doh)
200gram tepung roti
200gram tepung gandum
3 sudu besar water roux- resepi water roux DI SINI
2 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur ( dipukul sedikit dengan garpu)
30 gram marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
170ml susu segar ( atau air suam)
3 sudu kecil yis - ros guna jenama mauripan
2 sudu besar minyak zaitun@minyak masak biasa
( nak masukkan sedikt dry oregano dalam adunan pizza ni pun boleh)

*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit tuna flakes
sedikit taburan keju mozarela@mix cheese
sedikit sos tomato ketchup
( nak tambah mix vegetable, daun basil atau hirisan daun pasley pun boleh)

Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi  doh pada 4 bahagian dan biarkan sebentar, lebih kurang 8 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, sapukan dasar pizza dengan tomato ketchup dan topping kan setiap pizza dengan sosej dan tuna flakes, piping kan sekali lagi dengan sos tomato ketchup atau sos cili di atasnya, kemudian taburkan kan dengan keju mozarel atau mix cheese.
5. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.
6. Angakt dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.


2 comments:

  1. bestnya kalau dpt mkn pizza ni utk bekpes...

    ReplyDelete
  2. best tue...cetry anta sepiring yg dah siap potong tue..hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]