PAGES

Friday, March 8, 2013

Puding Coklat Oreo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila sebut je biskut oreo, mesti ramai yang suka. Biskut yang lemak manis berkrim dan ada sedikt rasa masin sungguh menggoda jiwa. Cheq sue sendiri pun memang peminat oreo, dan sangat suka dengan oreo ungu @ perisa aiskrim. Nak dijadikan cerita terhasilnya puding ni kerana ada 2 3 bungkus oreo di rumah ni. Lama jugak dok peram resepi, jadi bila ada stok tu boleh la cuba.

Resepi ni cheq sue pasti ramai yang dah cuba. Kalau tengok dari sumbernya iaitu di blog Kak Ros, puding ni ada dua lapisan, tapi entah macam mana yang cheq sue buat ni tak ada pulak. Tak jadi la tu agaknya... Tapi dalam tak ada layer tu pun laju aje masuk mulut. Pada cheq sue, puding yang terhasil agak kurang manis sebab cheq sue kurangkan sedikit sukatan gulanya.


Nah, cantik tak kejadian ros hitam ni? Kali ni heq sue gunakan mould silicone berbentuk rose, memang perfect sangat kejadian pudingnya. Bila bagi pada dak Faiz, boleh pulak dia tanya macam mana buat tu...

Terima kasih pada Kak Ros yang berkongsi resepi ni. Cheq sue C&P aje di bawah untuk rujukan lain kali.

 
PUDING COKLAT OREO

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar (boleh ganti susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

***********************************
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akirnya.
 ~ Wassalam ~

3 comments:

  1. Em,sedapnya puding ni apalagi kalau dimakan sejuk2..

    ReplyDelete
  2. Assalamaualaikum..sedap ni buat kudap petang2 lagi2 dlm cuaca panas macam ni

    ReplyDelete
  3. salam Cheq Sue....wahh rajinnya Cheq Sue memuding, cantik puding tuu xde cacat cela...len kali wi ke ambo sikit ha..ha...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]