PAGES

Monday, April 8, 2013

Choc Chips Butterscotch Swirl Bread

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Roti ni saya buat minggu lepas. Satu hari tu dok rasa2 sangat nak makan roti panas. Jadi terus je godek resepi dan berkenan dengan swirl bread ni yang diskodeng dari blog Kak Ros. Tapi saya tak buat manual, maklumlah terlebih rajin kan, jadi saya leburkan semua bahan2 dalam breadmaker, setingkan pada dough dan tekan start. Cuma saya tambahkan dalam 3 sudu besar lagi tepung roti kerana adunannya agak lembik. Bila dah adun doh tu baru perasan tak ada serbuk kayu manis, jadi saya gunakan esen butterscotch dan coklat cip sebagai pengganti.Tu yang namanya jadi lain sikit... *_*



Nah, inilah rupa kejadian rotinya. Sebenarnya lupa, ralik dok tengok tv. Dah agak lama bunyi oven berhenti baru pergi tengok, jadi agak tergaring di bahagian atasnya. Gulungan roti tu jugak agak kurang kemas, menyebabkan fillingnya melimpah keluar.

Walaupun begitu, roti yang terhasil memang lembut. Tambah2 bila makan masa panas, laju je masuk mulut. Bila ada geng, memang sekejap je habis. Saya hanya menggunakan acuan loaf untuk roti ni.


Terima kasih pada Kak Ros dan T&T yang sudi berkongsi resepi ni. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan cuba lagi di lain kali. Saya salinkan semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang.

CINNAMON SWIRL BREAD
Copy & Paste From : TREAT & TRICK 

2 + 1/2 C  all purpose flour (I used more or less 3 and 1/2 cups)
1/2 C evaporated milk
1/2 C hot water
1/4 C  sugar
3/4 tsp salt
2 TB butter
1 + 1/2 tsp instant yeast (I used 2 tsp-just to finished the stock)

FILLING
1/4 C sugar
1 tsp cinnamon
1 tsp all purpose flour
1 tsp cocoa powder (optional)
1 TB melted butter

DIRECTION
Combine milk, hot water, sugar, butter and salt in a mixing bowl.
In a large mixing bowl, combine flour with instant yeast.
Make a well in center, pour the wet ingredients and forms into soft dough.
Place dough onto floured board, knead by hand for 10 minutes until smooth.
Transfer into greased and covered bowl, leave to rise until doubled for an hour.
Gently deflate the dough, roll our into rectangle. Brush with butter, spread the filling evenly leaving 1 in border.
 Tightly roll the dough jelly roll style.
Pinch the ends to seal. Pinch the long seam closed. Place into greased loaf pan, let sit for an hour. Towards the end of rising time, preheat oven @ 180C.
Bake for 25-30 minutes until golden brown. Brush with melted butter if desired after removing from the oven.
Cool on rack. Slice to serve.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

3 comments:

  1. sedapnya butter schoth ni... nak test tapi malas wat.. adoiiii

    ReplyDelete
  2. macaM SEDAp.... nak test buat lah.. huu

    ReplyDelete
  3. nampak pun sedap cheqsu akak pun nak test jugak lah..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]