PAGES

Saturday, April 27, 2013

Masjid Jubli Perak Rantau Panjang @ Masjid Beijing

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di Masjid Jubli Perak @ Masjid Beijing di Rantau Panjang. Dah lama dok menyebut, akhirnya dapat menyempurnakan solat jamak qasar di sana. Dalam perjalanan  ke pekan Rantau Panjang, masjid ini boleh dilihat dengan jelas kerana terletak di tepi jalan.


Binaan di dalamnya sangatlah sempurna. Hampir menyamai binaan Masjid Niujie di Beijing dan menggabungkan senibina Islam dan Cina. Ruangan solat di dalamnya luas dan dapat memuatkan 1000 jemaah pada satu2 masa. Ianya mula dibina pada 2005 dan siap pada 2009 dengan anggaran kos sebanyak RM8.8 juta. Alhamdulillah...menjadi mercu tanda kebanggan rakyat marhaen Kelantan. Bukan sahaja sebagai mercu tanda Rantau Panjang, tetapi juga menjadi salah satu tempat untuk bersama mengaminkan doa pada Yang Esa.


Secara keseluruhannya masjid ni agak bersih. Saya rasa pengurusannya bagus tetapi pada bahagian atas / bumbung dah mula kelihatan sisa najis burung layang2, kalau dibiarkan memang boleh mengotorkan ruangan di dalam masjid.


Masa saya singgah tu ada beberapa khemah di hadapan masjid, tak tahulah ada program apa, jadi tak dapatlah nak ambil gambar penuh. Di kiri dan kanan pintu masuk masjid jugak ada beberapa kedai yang menjual barangan keperluan orang Islam seperti jubah, sejadah, baju melayu dan sebagainya. Beg dan makanan ringan pun ada. Mungkin konsepnya membeli sambil beramal kot.


Dekorasi di bahagian dalam. Candeliar yang cantik, mimbar yang unik dan ukiran di dinding yang bermutu tinggi. Tenang dan sejuk saja di dalamnya. Cuma saya agak konfius berkenaan tentang pemisah ruangan lelaki dan wanita. Sekejap saya nampak macam boleh tembus pandangan cerminnya ke ruangan lelaki. Tak tahulah perasaan saya atau ape pulak sebenarnya.

Pandangan dari sisi. Tandasnya di asingkan dari ruangan utama masjid. Kira ok la kan, tak adalah nak bau yang kurang menyenangkan masa tengah sembahyang.


Nah, ada jugak abang ni jual asikrim. Serius sedap aiskrimnya. Yang dibeli ni dah diampurkan dengan pelbagai bagai seperti roti, jasung, lokcing, agar-agar dan entah apa lagi. Harga tak tahu la pulak, lupa nak tanya member. Jadi buat kawan2 yang berkesempatan ke Kelantan, jangan lupa berkunjung ke sini sebagai kenang-kenangan...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

  1. Adda kalau menghala ke rantau panjang mesti berhenti kt masjid ni untuk zuhur..

    ReplyDelete
  2. subhanallah cantiknya senibina masjid ni..memng mcm kat china :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]