PAGES

Monday, May 13, 2013

Restoran Nasi Lemak Kukus Ayam Kampung, Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalu makan luar? Ehh...jarang2 je, masa balik kg boleh la singgah, kalau ada port menarik boleh share dengan korang semua. Dan masa balik kg mengundi baru2 ni saya and the gang singgah di sebuah kedai makan di Machang. Selalu kalau balik kg kami makan biasanya di Gua Musang atau Kuala Krai tapi agaknya semangat mengundi, perut pun tak lapar, tengok2 dah sampai Machang baru dengar lagu keroncong berbunyi.


Restoran ni letaknya di Jalan Machang - Pasir Puteh (highway) berhadapan dengan tempat belajar / test kereta. Memang mudah je nak jumpa. Memang laluan saya pun ni. Dulu restoran ni namanya DESA RUMBIA dan saya tak sempat pun nak masuk try, alih2 dah tutup dan sekarang digantikan dengan restoran nasi lemak kukus ayam kampung. Mungkin kepakaran dalam nasi lemak la kot, tetapi ada juga masakan panas bercirikan Thai. Ada bubur nasi berlauk dan jugak somtam.


Keadaan restoran ok, bersih walaupun letaknya di tepi jalan besar. Ada banyak kerusi meja, di dalam dan diluar, juga ada disediakan ruang makan ber'ekon' tanpa cas tambahan.


Ada kertas menu. Senang nak oder. Dekat sini jugak disediakan hidangan secara pack untuk 3 orang dan ke atas. Harganya agak berbaloi juga dengan lauk pauk yang disediakan.


Antara menu yang di pesan. Semuanya sedap, kena dengan selera saya. Tomyamnya masam, i like. Isinya pun banyak jugak. Cuma tang sambalnya tu agak kureng sikit. Satu yang saya tak puashati dengan servisnya yang kelam kabut dan slow. Saya bertiga antara orang yang pertama masuk ke restoran tu, dan antara yang pertama mengambil order. Kemudian barulah ada beberapa kereta lain yang turut singgah. Yang pelik bin ajaibnya bila orang lain dapat makanan dulu. Buka satu tapi dua...kiranya saya dapat yang ketiga lah. Nampak macam kecoh je dekat dapur, dengan tokey dok tengok kertas oder. Last2 bila dah siap yang saya punya tu, selamba je hantar, tak ada minta maaf pun, sepatah tak kata apa. Saya terus je makan, dan habis terus je bayar. Minta maaf lah, lepas ni taknak singgah dah kat sini. Im sorry!

Antara yang saya makan hari tu :

Nasi putih - 3
Tomyam ayam - 2 orang makan
Daging merah - 1
Kailan ikan masin - 1
Jus tembikai - 1
Nasi lemak (ayam bandar) - 3 bungkus
Jumlah : RM 36.00

Korang kalau terlalu jalan ni boleh la cuba singgah, rasa macam mana makan kat situ... ^^

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. nanti nk cuba kt sini plk la..hari tu dah test cendol kt masjid gua musang...mabelessss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita tengok apa kata Adda pulak ya... ^^

      Delete
  2. Cheq Sue, kampung Kak Ros tu...anyway kalau balik kampung kak Ros jarang makan kat luar sebab nak makan masakan mak atau kita masak untuk mak...next time balik kak ros nak gi cari restoran ni..P/s Kak Ros jarang balik kampung ada la 2 kali setahun kot...sebab mak pun rajin turun ke KL.

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Cheq Sue..
    Wah tak tau pun ada restora ni kat Machang.. Nanti bila2 leh trylah mkn kat sini..

    ReplyDelete
  4. ermmmm sedaknya Ila.....nati kelik kg nak singgah laa:p

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]