PAGES

Monday, May 6, 2013

Roti Tuna via Roti Naik Tok Mak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa cerita pilihanraya di kawasan masing-masing? Biru ke hijau ke, kita tinggalkanlah buat seketika. InsyaAllah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Saya bercuti ganti hari ini, dan esoknya cuti Hol Pahang, alhamdulillah boleh berehat2 dulu sebelum balik semula ke CH.

Jom cerita hal di dapur pulak lah. Kali saya mencuba resepi daripada sumber Kak Yatie yang mana beliau mendapatkannya daripada FB. Sebenarnya bila nampak kawan2 post pasal ROTI NAIK, tak kira la daripada sesiapa pun memang semangat nak cuba sebab tahap kemenjadiannya tu memang tinggi. Cuma yang saya buat ni ada kesilapan teknikal sikit, nak tahu kena baca habis ya.... ^^

Saya guna BM untuk buat roti ni, dan alhamdulillah menjadi. Cuma untuk versi roti manis tu tak berapa menjadi sebab saya keluarkan roti tu terlalu cepat. Ingatkan dah masak rupa2nya belum lagi, hanya bahagian atas je yang kelihatan agak garing tetapi yang di dalam dan di bahagian bawahnya tu masih belum masak betul2... Sedih sangat masa keluarkan roti tu, melekat-lekat lagi... :(


Selain versi manis tu, saya juga buat menggunakan inti tuna. Bukan apa, macam tak puas je makan tuna roll dulu, tu yang buat semula sebab kebetulan ada tuna dalam tin. Memang sedap... Makan esoknya pun roti masih lembut lagi. Cuma itulah, roti yang silap haribulan tu sangat menyakitkan. Macam nak ketuk je kepala sendiri.. X_X


Keadaan semasa sedang di penaikkan kali kedua. Saya rasa dah terlebih masa untuk penaik tu sebab dah hampir sangat naiknya dengan permukaan loyang. Patutnya kena ambil 1 jam tapi haritu dah terbabas lebih dari itu. Walau apapun, terima kasih buat yang menyumbangkan resepi ni. InsyaAllah saya nak cuba buat lagi. Saya copy semula resepinya di sini buat rujukan akan datang...




RESEPI BUN MANIS @ ROTI NAIK TOK MAK
Original resepi : tok mak facebook
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan
1 biji telur *
2 sudu besar susu pekat *
280 ml air sejuk* (telur+ susu pekat +air sejuk, jadikan jumlahnya 280ml)
100 gm gula halus
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar susu tepung
400g tepung roti
100g tpng gandum
2 sudu kecil yis @ 6g
3 sudu besar marjerin@butter
1 sudu kecil bread softener dan bread improver - hana tambah

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Untuk inti tuna tu saya cuma gaulkan dengan mayonis dan bawang besar yang di cincang halus je


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

1 comment:

  1. walau dalamnya agak tak cantik tapi luarnya nampak sangat gebu dan cantik roti manis akak tu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]