PAGES

Monday, June 3, 2013

Banda Acheh Day 1 : KL - Banda Acheh - Ulee Kareng (Lamdingin)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya mulakan kisah liburan ke Banda Acheh (Acheh). Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk berkongsi sebanyak maklumat yang telah saya peroleh dan sebagai tanda kenangan kisah yang berlaku. Pada pandangan saya, destinasi ke Acheh masih belum mendapat sambutan yang agak banyak daripada kita. Memandangkan kawasan berkenaan terkenal dengan pengajian Islam dan tsunami, mungkin ramai daripada kita yang tidak mahu berkunjung ke sana.

Saya pun sebenarnya berkunjung bukan atas tiket membeli belah, tetapi sekadar mengikut rakan sekolah yang menjejak saudara mara di sana. Sambil-sambil melihat tempat orang. Di dalam penerbangan tersebut, saya lihat tak berapa ramai rakyat Malaysia selain kami 11 orang, mungkin ada yang saya tak nampak.


Daripada Hulu Langat, kami bertolak jam 6 pagi ke LCCT. Penerbangan AK1305 berlepas pada pukul 11.05 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Banda Acheh pada pukul 12.20 tengah hari. Agak kalut jugak semasa hendak masuk ke balai belepas kerana kawan sekolah saya tu membawa kotak dan terlebih muatan. Untuk penambahan bagasi, perlu dibuat 4 jam sebelum berlepas, jika tidak perlu dibayar sebanyak RM50 per kg. Untuk lebih untung, eloklah jika ditambah secara online atau beberapa hari sebelum berlepas.


Antara kelengkapan. Saya hanya menukar duit sebanyak RM700 dan mendapat sebanyak Rp 2,200,00. Pertama kali weh, pegang duit ratus-ratus ribu. Urusan penukaran duit ni saya lakukan di Greentown Mall Ipoh. Satu lagi ada di Megoplex Gopeng. Di dalam penerbangan juga setiap orang asing (bukan penduduk Acheh) telah diberikan sekeping borang khas untuk maklumat keluar masuk, katanya kalau tak isi takleh masuk Indonesia. Kata kawan saya tu lagi, setiap keluar masuk ke Indonesia wajib isi borang berkenaan.


Bila saja menjejakkan kaki ke bumi Acheh, pelbagai perasaan yang bertandang. Yang pertamanya tentulah TSUNAMI yang melanda pada 2004. Walaupun sudah hampir 10 tahun, tetapi kejadian itu masih segar di ingatan. Walaupun jauh di Malaysia, kesan yang di rasai di Acheh turut dikongsikan bersama.


Daripada lapangan terbang, kami menaiki 'Kijang' untuk ke Ulee Kareng, iaitu tempat penginapan kami sepanjang di sana. Terima kasih buat Kak Ellie yang menyambut kami di sana. Tak pastilah pulak Ulee Kareng tu nama kampung ke apa, tapi saya macam daerah la gamaknya. Rumah itu sebenarnya milik salah seorang saudara rakan sekolah iaitu Om Yan yang bertugas sebagai doser (pensyarah) di salah sebuah universiti. Sekali imbas, suasana di Acheh lebih kurang sama dengan suasana kampung di Malaysia. Keadaannya aman, pokok-pokok sena di sepanjang jalan bagaikan begitu dekat dengan keadaan di kampung sendiri. Sepanjang di sana, setiap orang membayar Rp 300,000 untuk belanja pengangkutan.


Berhenti seketika sebelum sampai di rumah penginapan (Lamdingin). Bila tengok signboard di sebelah kiri dok ingat-ingat lupa. Rupa2nya di situlah tempat nak mengambil lesen. Saya ingatkan macam pesentren (pondok)..


Rata-rata penduduk di Acheh menggunakan kereta dan motosikal. Kalau untuk pengangkutan, ada beca motor (becak) dan juga bentor (labi-labi / bentor). Rupa labi-labi tu tak menyempat pulak saya nak ambil gambarnya. Lebih kurang macam van pikap la jugak, cuma ada dinding di kiri dan kanan. Memang unik.


Sebagai blogger yang berjiwa masakan, rugi jika tidak mengenali makanan di tempat orang. Alhamdulillah seleranya juga lebih kurang sama dengan selera orang Malaysia. Ada pelbagai nasi dengan lauk dan sepanjang 4 hari saya menikmati gulai Acheh yang sangat sedap. InsyaAllah jika ada ruang dan peluang akan saya kongsikan nanti.

Jadi, sampai bertemu lagi di episod seterusnya. Jangan jemu membacanya...

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. Assalam Cheq sue..nanti kongsikan apa yang menarik kat banda Aceh ni...suka gak JJCM kat Indon ni..makanan suma sedap2 n yang best kita adalah jutawan kat sana hahahaha (gelak panjang sket)

    ReplyDelete
  2. terasa Acheh ni antara tmpt wajib yg patut dikunjungi..

    ReplyDelete
  3. Blh bagi contact details utk kijang x?

    ReplyDelete
  4. Yang saya naik tu pemandunya nama Din, nombornya +6285260367814

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]