PAGES

Friday, June 21, 2013

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat semua. Buat apa tu? Barangkali sedang menunggu kepulangan ahli keluarga lelaki untuk makan tengah hari bersama-sama. Agaknya apalah menu istimewa hari ini ya? Tentu seronok menikmatinya bersama-sama.

Cerita tentag n3 kali ini, sebenarnya yang saya buat minggu lepas. Rasa macam nak makan kek lapis, tapi sedaya upaya cari kek yang tak berapa besar dan tak guna telur yang banyak. Alhamdulillah kek ini nampaknya menepati apa yang saya mahukan. Saiznya pula loyang 6 inci. Jadi tak la banyak sangat yang kena habiskan.
 
 

Kek lapis selalunya menggunakan warna-warna terang yang ceria untuk menarik perhatian. Saya kurang suka dengan kek lapis yang dibeli kerana kadang kala rasanya tidak menepati piawaian. Kadangkala penggunaan pewarna secara berlebihan untuk mendapatkan warna yang menarik.


Di dalam setiap lapisan kek saya taburkan dengan coklat chip. Rasanya agak sedap jugak pahit2 coklat dengan manis kek. Tapi kek ni sebenarnya tak la manis sangat. Mungkin sebab saya dah kurangkan sedikit susu pekat dan menggantikan horliks dengan nestum original. Mungkin jugak sebab itu kek ni jadi agak padat. Nampak sedikit berminyak kerana masa tengah kukus tu tak sedar gas terhabis. "_" Tapi keseluruhannya saya suka dengan kek ni. Iyalah, kek lapis yang guna horlicks pastinya ada rasa yang berbeza. Tapi nak buat samana, saya ni bukannya suka horlicks. Nak buat minuman pun saya tak berapa. Tapi InsyaAllah kalau ada kemahuan tu boleh la di buat semula.
 

TQ pada Kak Dayang yang berkongsi resepi ini. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.

KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)
Resepi : dayang_jack@MyR

Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original) saya ganti dengan nestum original
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
200 gm marjerin
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam saya gunakan coklat chips
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong. 
***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas. 

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. Sedapnya cheq sue... boleh akak cuba nanti ni :)

    ReplyDelete
  2. lama dah akak tak buat kek, sampai budak2 ni dok tanya bila la mama nk buat kek, adoiii...mood nk buat kek dah ke laut !!! dok sedap makan kek orang jer..

    ReplyDelete
  3. salam sama mcm ck lama x main kukus2 ni...nak pulak kek lapis yg di kukus...terliur pula negoknye

    ReplyDelete
  4. salam cheq sue..

    sedapnya kek kukus..teringin mau try buat kek ni juga..menarik.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]