PAGES

Tuesday, June 18, 2013

Strawberry Ice Blended & Vanilla Blue Ice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nak kongsikan antara hasil ole-ole yang saya bawa balik dari Acheh. Minuman daripada peket POP ICE. Semasa ke Kapal Apung, saya lihat ada satu gerai yang jual air ni. Serius, dengan paket2 yang bergantung pelbagai warna, saya ingatkan sabun Thai. Nak pergi tengok dekat macam tak berapa berani.
 

Masa nak balik tu sempat la saya beli lima peket. Patutnya cari jugak perasa yang lain, tapi di kedai runcit yang saya singgah tu ada 2 jenis je iaitu strawberry dan vanilla (blue). Satu peket harganya Rp10,00. Yang strawberry tu saya buatkan blended manakala yang vanila blue tu saya jadikan minuman sejuk. Kalau nak diminum panas pun boleh. Rasa air ni macam air blended kita jugak la sebab di dalamnya ada susu. Kesemua langkah menyediakan minuman ni dinyatakan dibelakang peket tersebut. Saya nak zoomkan gambar, tapi entah di mana pulak peketnya.


Pelanggan tetap la ni. Balik masa cuti sekolah baru2 ni.


Inilah ropenye pop ice yang ada. Bermacam2 perisa jugak. Saya teringin betul nak rasa yang masam2 sikit macam lime ke. Ishhhhh...entah bila la lagi nak cuba benda ni.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

6 comments:

  1. masa tinggal kat brunei byk jual jugak kat sana. da pernah rasa la.

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue, sampai ke Acheh dia ye, Liza ni bila nk sampai sana pun tak tau la...

    ReplyDelete
  3. betul tu Mala kan, kat Brunei banyak ni berjual benda ni maklum orang Brunei selalu kesana jugak cheqsu, tapi yg heran kak noor tak pernah merasa, anak2 je yg suka heee

    ReplyDelete
  4. salam..

    suka dengan vanila blue ice tu..kat sini pop ice ni banyak dan senang mau cari..banyak tempat jual..

    ReplyDelete
  5. cikwan pernah tengok ni..tapi lupa dah kat mane... :) nampak sedap tuu...

    ReplyDelete
  6. kat mane nak beli pop Ice tu kalau kat Malaysia? -Saya dari Nilai :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]